Monday 5 November 2012

Bidang Keberhasilan Utama Negara ( NKRA )


Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan

Sub-NKRA Prasekolah



Tujuh teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:
  1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  2. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
  3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
  4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
  5. Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman
  6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
  7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan


Sub-NKRA Literasi dan Numerasi
  • NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
  • Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012
  • Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
Kementerian pelajaran telah mengumumkan 20 buah Sekolah Berprestas Tinggi (SBT) membabitkan 10 buah sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara.
·         Sekolah Berprestasi tinggi  ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.
Sasaran utama Kementerian Pelajaran adalah untuk meletakkan semua SBT sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini.
·         Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang terpilih bagi 2010 adalah;
·         Sekolah Berasrama penuh
·         1. Sekolah Tun Fatimah (STF) Johor Bahru
·         2. Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) Seremban
·         3. Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK) Perak
·         4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
·         5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
·         6. Kolej Tunku Kurshiah (TKK) Seremban
·         7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
·         8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putera, Perlis
·         9. Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya
·         10. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka
·          
·         Sekolah Menengah Harian
·         1. Sekolah Menengah Kebngsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
·         2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
·        
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah
·        
4. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang
·         Sekolah Rendah
·         1. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara Kuala Lumpur
·         2. Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Baharu, Kelantan
·         3. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr ismail, Kuala Lumpur
·         4. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak
·         5. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara Kuala Lumpur
·         6. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru


Sekolah Bestari
·        
Sekolah Bestari adalah salah satu ‘flagship’ dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang harus dilaksanakan menjelang tahun 2000. Menjelang tahun 1999 sebanyak 90 buah sekolah termasuk sekolah-sekolah Asrama Penuh dan sekolah pilihan harian biasa telah dipilih untuk melaksanakan Sekolah Bestari bukanlah satu kemewahan tetapi satu-satunya cara untuk maju ke hadapan.
·         Sekolah Bestari akan mmebawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar- kuat atau lemah, kaya atau miskin- mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi computer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam system pendidikan.
·         Tiga aspek penting harus ditangani dalam pelaksanaan Sekolah Bestari,
·         Pertama, menyediakn infrastruktur pelbagai media. Perkakasan akan merangkumi computer dan alatan berkaitan, peralatan siding video dan audio dan infrastruktur komunikasi. Perisian akan mengandungi pemproses perkataan, spresdsheet, perisian penjaringan, perisisna e-mail, browser internet, alat pengarang dan perisian latihan.
·         Kedua, aspek latihan. Latihan bagi guru-guru amat penting. Gabungan rapi antara latihan intensif dan kaunseling adalah perlu untuk membantu guru menyesuaikan diri dengan sekitaran baru. Ini penting untuk menghapuskan rasa tidak selamat dan tidak berguna yang akan timbul kerana anjakan paradigma yang radikal dalam perkaedahan dan peranan guru.
·         Ketiga, aspek bahan kursus. Bahan kursus yang baru, kemaskini, dan mencukupi perlu disediakan. Bahan kursus perlu diperkembangkan bagi semua mata pelajaran dan pelbagai jenis pelajar. Bahan kurusu perlu  mempamerkan cirri yang berikut: pukal disket yang lengkap, interaktif, mencabar daya kognitif pelajar, mengandungi penilaian kendiri, penyemakan bina dalam bagi input guru penyediaan bahan untuk pelajar yang lemah.
·         Konsep Sekolah Bestari
·         Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif. Teknologi sebagai penupaya menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila Projek Sekolah  Bestari diwujudkan sebagai satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia.
·         Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dan segi pengajaran –pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk mebantu murid menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Proses pengajaran –pembelajaran , iaitu proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan bahan pengajaran –pembelajaran , akan direka semula untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri serta mengikut kadar pembelajaran sendiri.
·         Pengurus Sekolah Bestari akan dapat menjalankan tugasnya dengan lebih cekap apabila fungsi utama berkaitan dengan pengurusan sekolah dikomputerankan. Selain itu, ibu-bapa, komuniti dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Semua pihak akan sentiasa terlibat dalam peningkatan profesionalisme atau keilmuan berkaitan dengan pengurusan sekolah, pengajaran-pembelajaran dan sebagainya.

Sekolah Wawasan
Sekolah Wawasan
Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way).

Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan
  1. Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang
  2. Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran
  3. Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu
  4. Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah 
Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu :
  • Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
  • Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah
  • Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang
  • Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor
  • Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak

No comments:

Post a Comment