Monday, 5 November 2012

Kaedah Melakukan Kajian Tindakan

Contoh Kandungan
KANDUNGAN

Halaman
PENGHARGAAN    
i
ABSTRAK
ii
KANDUNGAN
iii
1.0
REFLEKSI P&P YANG LALU
1
2.0
FOKUS KAJIAN
2
3.0
OBJEKTIF KAJIAN
3
4.0
KUMPULAN SASARAN
4
5.0
PERANCANGAN
4
6.0
TINJAUAN AWAL
6
7.0
PELAKSANAAN AKTIVITI INTERVENSI
8
8.0
PENILAIAN
11
9.0
REFLEKSI KAJIAN
13
10.0
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
13
RUJUKAN

12
LAMPIRAN



ABSTRAK


Sikap dan tingkahlaku 10 orang murid Tahun 2 Optimis semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Jawi menunjukkan mereka tidak begitu berminat dengan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Jawi. Punca masalah yang utama ialah  kerana mereka tidak mengenal huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi serta tidak mahir menyambung antara huruf-huruf tunggal Jawi. Maka fokus kajian ini adalah untuk menangani masalah tersebut dengan memperkenalkan satu kaedah baru bagi membantu murid tersebut mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi serta satu kaedah baru bagi meningkatkan kemahiran mereka menyambung antara huruf-huruf Jawi.  Tinjauan awal menunjukkan 10 orang murid tersebut gagal dalam ujian mengenal huruf dan gagal juga dalam ujian menyambung huruf. Soal selidik bagi mengukur minat mereka terhadap P&P mata pelajaran Jawi menunjukkan bahawa bagi semua item, skor min yang dicapai adalah di bawah 3. Setelah Kad Dalil Avu Zar Zad digunakan, maka didapati 10 orang murid tersebut dapat mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan dapat juga menyambung huruf-uruf Jawi dengan betul. Ujian pos yang dijalankan menunjukkan 100% murid lulus dalam ujian mengenal huruf manakala dalam ujian menyambung huruf peratus lulus adalah 80%. Min minat yang dicapai selepas program juga telah meningkat kepada skor min 4. Dapat dirumuskan, kemahiran murid dalam menulis Jawi telah dapat ditingkatkan setelah menggunakan Kad Dalil Avu Zar Zad. Penyelidikan untuk mencari pendekatan terbaik dalam amalan P&P bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi guru.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID-MURID TAHUN 2 OPTIMIS DALAM MENULIS JAWIMENGGUNAKAN KAEDAH
DALIL AVU ZAR ZAD

DALILAH BINTI DESA

SK BUKIT KALAM
 PETI SURAT 81097
 87020 WP LABUAN

Abstrak


Murid-murid tahun 2 Optimis menghadapi masalah dalam kemahiran menulis jawi dan lemah dalam kemahiran menyambung huruf-huruf tunggal jawi. Masalah ini menyebabkan mereka hilang minat terhadap mata pelajaran jawi. Untuk menangani masalah ini, kajian ini bertujuan untuk mencari pendekatan terbaik menggunakan formula paling mudah bagi murid menulis jawi serta mengenali huruf jawi tunggal yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung. Program Dalil Avu Zar Zad telah diperkenalkan. Kemahiran murid bagi menulis suku kata terbuka dan tertutup cuba ditingkatkan dengan menggunakan Teknik Dalil, manakala kemahiran murid untuk mengenali huruf tunggal jawi yang boleh disambung dan tidak boleh disambung telah cuba ditingkatkan dengan Teknik Avu Zar Zad. Dapatan kajian ini menunjukkan murid-murid yang selama ini langsung tidak tahu menulis perkataan jawi dan tidak tahu menyambung huruf-huruf tunggal jawi mampu melakukannya dengan penuh keyakinan. Setiap kali menjalankan P&P, mereka begitu khusyuk tunduk dan menulis jawapan tanpa ragu-ragu. Dapat dirumuskan, kemahiran murid dapat ditingkatkan sekiranya kita mampu menggunakan kaedah yang sesuai dengan tahap mereka. Amalan penyelidikan untuk mencari pendekatan terbaik dalam amalan P&P bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi guru.

Panduan penulisan Abstrak:

1.      Mengapa kajian dijalankan? Apa yang mendorong anda untuk menjalankan kajian? (Why did you start? What motivate you?)

Murid-murid tahun 2 Optimis menghadapi masalah dalam kemahiran menulis jawi dan lemah dalam kemahiran menyambung huruf-huruf tunggal jawi. Masalah ini menyebabkan mereka hilang minat terhadap mata pelajaran jawi.


2.      Apa yang anda cuba buktikan/cuba kenal pasti? (what did you try to do?)

Untuk menangani masalah ini, kajian ini bertujuan untuk mencari pendekatan terbaik menggunakan formula paling mudah bagi murid menulis jawi serta mengenali huruf jawi tunggal yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung.
           
3.      Apa yang anda buat? (What did you do?)

Program Dalil Avu Zar Zad telah diperkenalkan. Kemahiran murid bagi menulis suku kata terbuka dan tertutup cuba ditingkatkan dengan menggunakan Teknik Dalil, manakala kemahiran murid untuk mengenali huruf tunggal jawi yang boleh disambung dan tidak boleh disambung telah cuba ditingkatkan dengan Teknik Avu Zar Zad. 

4.      Apa yang anda temui? (what did you find?/what answer do you obtain?)

Dapatan kajian ini menunjukkan murid-murid yang selama ini langsung tidak tahu menulis perkataan jawi dan tidak tahu menyambung huruf-huruf tunggal jawi mampu melakukannya dengan penuh keyakinan. Setiap kali menjalankan P&P, mereka begitu khusyuk tunduk dan menulis jawapan tanpa ragu-ragu.

5.      Apa maknanya? (What does it means?) – Kesimpulan/implikasi.

Dapat dirumuskan, kemahiran murid dapat ditingkatkan sekiranya kita mampu menggunakan kaedah yang sesuai dengan tahap mereka. Amalan penyelidikan untuk mencari pendekatan terbaik dalam amalan P&P bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi guru.


10.0        CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Oleh sebab masih terdapat murid yang menghadapi masalah untuk menulis huruf yang betul apabila disambungkan dengan huruf lain, saya bercadang untuk menjalankan kajian tindakan yang seterusnya dan mencari kaedah baru bagi membantu murid mengatasi masalah tersebut.
Saya juga bercadang menulis modul ejaan terkini untuk diguna pakai rakan-rakan setugas. Modul tersebut boleh digunakan selepas murid-murid telah menguasai kedua-dua kemahiran iaitu menulis suku kata terbuka dan tertutup serta membezakan huruf tunggal yang boleh disambung dan tidak boleh disambung.

 2.0       FOKUS KAJIAN
Kemahiran menulis Jawi merupakan tunjang kepada pencapaian baik Pendidikan Islam dalam peperiksaan PMR dan SPM. Oleh kerana itu, saya harus mengambil langkah segera untuk mengatasi masalah 10 orang murid Tahun 2 Optimis yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis Jawi. Saya telah dapat mengenal pasti punca utama mereka tidak dapat menulis Jawi dengan baik ialah tidak mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan tidak tahu bagaimana untuk menyambung antara huruf-huruf Jawi.  Maka saya akan menggunakan teknik baru yang akan membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Teknik  baru yang saya namakan sebagai Dalil Avu Zar Zad akan digunakan bagi membantu mereka mengenali huruf-huruf Jawi yang mewakili huruf-huruf Rumi dan membantu mereka menulis suku kata mudah dalam Jawi. Seterusnya saya akan menggunakan formula baru yang akan membantu murid mengenali huruf tunggal Jawi yang boleh disambung dan tidak boleh disambung. Menggunakan  10 orang murid Tahun 2 Optimis sebagai sampel kajian sangat bertepatan kerana sebagai guru Jawi mereka, saya dapat berhubung dengan murid-murid tersebut secara langsung untuk mengaplikasikan formula yang saya perkenalkan. Selain itu, aktiviti memberi mereka ujian dan meminta mereka menjawab soal selidik akan dapat dijalankan dengan lebih mudah. Saya berharap hasil analisis data akan dapat membantu saya mengenal pasti sama ada intervensi yang saya laksanakan dapat meningkatkan kemahiran murid dalam menulis Jawi.

6.0          JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN, ANGGARAN PERBELANJAAN DAN ALAT BANTU MENGAJAR
Kajian ini akan melibatkan saya sendiri sebagai pengkaji dan 10 orang murid Tahun 2 Optimis sebagai sampel kajiian. Di bawah ini ialah jadual pelaksanaan kajian dalam tempoh masa yang telah ditentukan:
Jadual 1
Pelaksanaan Kajian Dalam Tempoh Masa 3 Bulan
Bulan
Minggu
Aktiviti
Catatan
Mac
1
Tinjauan Awal:
i.      Mereka bentuk soalan untuk ujian pra dan ujian pos bagi mengenal pasti kemahiran murid
ii.    Mereka bentuk soal selidik (10 soalan)
iii.   Menjalankan ujian pra (20 minit)
iv.  Mengedarkan soal selidik kepada murid dan mengumpul semula selepas 10 minit
v.    Membuat perhatian terhadap sikap murid sebelum  aktiviti intervensi

i.     Soalan ujian seperti di Lampiran A
ii.    Soal Selidik seperti di Lampiran B
iii.  Perkara-perkara di perhatikan seperti di lampiran C

Mac

2 & 3

Analisis Data Tinjauan awal:



i.         Menganalisis, merekod dan melapor markah ujian pra - bilangan dan peratus yang lulus/yg dapat menjawab dengan betul.
ii.       Menganalisis data soal selidik - menentukan nilai min bagi mengukur minat/persepsi murid pada mata pelajaran Jawi dan bilangan serta peratus bagi setiap kategori skala
iii.      Melaporkan dapatan analisis data soal selidik dalam Jadual
iv.     Melaporkan dapatan pemerhatian


Mac
4
Merancang dan menyusun aktiviti intervensi:
i.        Aktiviti I: Mereka bentuk Kad Dalil Avu Zar Zad dan memperkenalkan kad kepada murid-murid.
Murid akan diperkenalkan terlebih dahulu dengan Teknik Dalil - Menggunakan Jadual kunci huruf yang mengandungi huruf-huruf tunggal Rumi bersamaan huruf tunggal Jawi (Contoh Kad di Lampiran C)
ii.       Aktiviti II: Memberi soalan latih tubi  untuk mengenal pasti kemahiran murid mengenal pasti huruf dan kemahiran murid menulis suku kata mudah.
iii.     Aktiviti IV: Memperkenalkan Teknik Avu Zar Zad
iv.     Aktiviti V: Memberi latih tubi - murid perlu menulis jawapan bagi perkataan bagi mengesan kemahiran mereka mengenali huruf-huruf yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung.






April
1-3
Melaksanakan aktiviti intervensi sebagaimana yang dirancang secara satu persatu

Melakukan pemerhatian dan membuat perekodan terhadap perubahan sikap dan tingkah laku murid

Nota: semua aktiviti akan divideokan
April
4
Menjalankan ujian pos untuk menilai tahap perubahan tingkah laku terhadap teknik yang diperkenalkan.
Mengedar soal selidik untuk dijawab oleh murid

Mei
1
Menganalisis data ujian pos
Menganalisis data soal selidik
Menyediakan jadual dan pelaporan hasil analisis data


2
Menulis refleksi kajian dan membuat cadangan


3
Mengemas kini laporan - editing, memastikan isi kandungan, rujukan dan lampiran dilengkapkan


4
Menjilid laporan dan bersedia untuk dihantar ke PPD.


Anggaran Perbelanjaan Kajian
Untuk menjalankan kajian ini, saya telah mengenal pasti bahan dan kos yang akan terlibat. Jadual di bawah menunjukkan perincian bagi bahan dan anggaran perbelanjaan kajian:
Jadual 2
Anggaran Perbelanjaan Kajian
Bil
Butiran
Harga Per unit x unit (RM)
Jumlah
(RM)
1
Kertas mahjung
0.20 x 10
20.00
2
Kertas A4
10.00 x 1 rim
10.00
3
Dakwat pencetak
80.00 x 1 katraj
80.00
4
Artline
3.00 x 3
9.00
5
Bahan fotostat
0.50 x 50 helai
2.60
6
Thum drive
40.00 x 1
40.00

Alat Bantu Mengajar
Senarai ABM yang digunakan (jika ada) juga boleh disediakan dalam satu jadual, contoh dengan format berikut
Jadual 3
Alat Bantu Mengajar Yang Digunakan
Bil
Jenis ABM
Kuantiti
1
Kad Dalil Avu Zar Zad
10



7.0          PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TEKNIK DALIL AVU ZAR ZAD
Teknik Dalil Avu Zar Zad adalah satu formula mudah bagi mengatasi masalah murid dalam menulis Jawi. Teknik Dalil adalah menggunakan Jadual Kunci Huruf yang mengandungi huruf-huruf yang mewakili huruf-huruf tunggal Rumi bersamaan huruf tunggal Jawi. Teknik Avu Zar Zad pula adalah Jadual yang menunjukkan huruf-huruf Jawi yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung dengan huruf selepasnya. Huruf hamzah, alif, va, wau, zai, ro, zal dan dal atau dikenali sebagai Avu Zar Zad adalah huruf-huruf yang tidak boleh disambung. Pada kad, selepas huruf-huruf ini diletakkan symbol  ( - ). Huruf-huruf Jawi selain daripada huruf-huruf Avu Zar Zad boleh disambung dengan huruf-huruf lain selepasnya. Pada kad, simbol (+) diletakkan.  Berikut ialah aktiviti intervensi yang dijalankan berdasarkan Teknik Dalil Avu Zar Zad:
i.        Aktiviti I: Memperkenalkan Teknik Dalil 

Saya memberikan Kad Dalil Avu Zar Zad kepada setiap murid dan mengajar mereka bagaimana untuk menggunakan kad tersebut berdasarkan tahap pengetahuan sedia ada mereka sendiri. (Contoh Kad di Lampiran C). Pada permulaannya, saya membantu murid mengenal pasti persamaan huruf tunggal Rumi dengan huruf tunggal Jawi. Langkah seterusnya membezakan penggunaan huruf kaf dan qaf (iaitu huruf kaf di awal suku kata manakala huruf qaf di akhir suku kata). Seterusnya saya membimbing murid mengenali dan membezakan huruf-huruf diagraf dan huruf vocal di awal suku kata. 

Pemerhatian: Sesi penerangan dan soal jawab sambil memegang Kad Dalil ternyata dapat menarik minat murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti p&P. Saya berpuas hati dan bersyukur dengan sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan murid.
 
ii.      Aktiviti II: Memberi Soalan Latih Tubi Untuk Teknik Dalil

Setelah soal jawab secara lisan dengan memanggil murid secara bergilir-gilir untuk memberi jawapan, saya memberikan beberapa soalan latih tubi kepada murid iaitu soalan-soalan yang mengandungi huruf tunggal rumi. Saya meminta murid-murid menulis huruf Jawi yang mempunyai persamaan dengan huruf Rumi yang ada pada kertas latih tubi masing-masing dengan melihat Kad Dalil Huruf.  Setelah semua murid selesai menulis jawapan masing-masing, saya menulis jawapan yang betul di papan tulis. Murid-murid diminta menandakan jawapan mereka, sama ada betul atau salah.

Aktiviti seterusnya ialah menulis beberapa perkataan mudah dalam tulisan Jawi (suku kata terbuka dan suka kata tertutup). Tujuan aktiviti ini ialah untuk membiasakan murid menulis perkataan-perkataan tertentu menggunakan huruf Jawi. Sambil melihat kad, saya juga membantu murid-murid menulis perkataan-perkataan. Saya juga memandu murid dalam penulisan dengan menulis dua huruf Jawi yang perlu ada dalam setiap perkataan yang dihasilkan. Selain itu, gambar-gambar objek turut dilukis di sebelah perkataan yang hendak ditulis untuk membantu murid menulis dengan betul.


Pemerhatian: Saya dapati semua murid dapat menuliskan jawapan yang betul pada kertas latihan masing-masing. Kegembiraan dan kepuasan jelas terbayang pada wajah mereka. Saya merasa sangat seronok dan sekain berpuas hati dengan perubahan sikap mereka.

iii.    Aktiviti III: Memperkenalkan Teknik Avu Zar Zad

Dengan berpandukan kad Avu Zar Zad, saya menerangkan mengenai huruf-huruf yang menghasilkan bunyi “Avu Zar Zad’ dan menjelaskan bahawa-bahawa huruf-huruf tersebut boleh disambung di panggkalnya tetapi tidak di hujungnya. Selain daripada huruf-huruf Avu Zar Zad, huruf-huruf tersebut boleh disambung di pangkal dan di hujungnya. Saya juga menerangkan maksud symbol ( + ) dan ( - ) yang ada pada Kad Avu Zar Zad. Apabila sesuatu perkataan Jawi mengandungi salah satu huruf Avu Zar Zad, maka simbol ( - ) ditulis selepas huruf tersebut. Tapi jika huruf selain huruf Avu Zar Zad maka symbol ( + ) ditulis selepas itu.

Setelah selesai simbol-simbol ditulis, saya meminta murid menyambung huruf-huruf. Saya memberi peringatan, sekiranya selepas sesuatu huruf ada tanda ( + ), maka huruf itu boleh disambungkan dengan huruf di hadapannya. Tetapi jika selepas sesuatu huruf ditulis symbol ( - ), maka huruf itu tidak boleh disambung.

Setelah memberi penerangan, saya juga menyoal murid secara lisan bagi mengenal pasti tahap pemahaman mereka.

Pemerhatian: Saya dapati murid-murid memberi respons yang sungguh menakjubkan. Mereka seronok untuk mencuba menyambung huruf-huruf sambil menggunakan Kad Dalil Avu Zar Zad.

iv.    Aktiviti VI: Memberi Latih Tubi Untuk Teknik Avu Zar Zad

Apabila telah pasti mereka dapat memahami bagaimana untuk menggunakan kad, saya memberi soalan yang mengandungi perkataan yang ditulis huruf tunggal Jawi. Saya meminta murid-murid menyambung huruf-huruf Jawi tersebut dengan menggunakan Jadual Teknik Avu Zar Zad. Soalan mengandungi 15 kata nama dan ditulis dalam huruf-huruf Jawi yang tidak bersambung. Murid-murid diminta menulis semula perkataan dalam tulisan Jawi dengan betul. Sepanjang menyiapkan latihan, murid-murid dibenarkan untuk menggunakan Kad Dalil Avu Zar Zad sebagai panduan.

Setelah semua murid telah menyiapkan latihan mereka, saya meminta seorang demi seorang keluar ke papan hitam untuk menulis jawapan mereka.

Pemerhatian: Murid kelihatan bersungguh-sungguh menyiapkan latihan.  Apabila saya bertanya siapa yang mahu ke depan untuk menulis jawapan, semuanya mengangkat tangan masing-masing dan begitu yakin untuk ke depan kelas untuk menulis jawapan di papan hitam. Alangkah gembira rasanya di jiwa apabila melihat perubahan positif pada murid.

8.0          PENILAIAN
Untuk mengesan keberkesanan Teknik Dalil Avu Zar Zad dalam meningkatkan kemahiran murid menulis Jawi, saya menjalankan ujian pos. Ujian akan mengesan sama ada berlaku peningkatan dalam kemahiran dengan melihat peratus murid lulus dalam ujian menulis Jawi. Saya juga akan mengedarkan soal selidik berkenaan minat murid terhadap mata pelajaran Jawi untuk mengenal pasti sama ada berlaku peningkatan dalam minat mereka terhadap P&P mata pelajaran Jawi.  Selain itu, laporan saya berkenaan dengan perubahan sikap dan tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran akan turut digunakan bagi memperjelaskan lagi sama ada objektif menjalankan kajian iaitu untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menulis Jawi tercapai atau sebaliknya. Huraian adalah mengikut objektif khusus kajian seperti berikut:
8.1  Objektif 1 : Untuk memastikan 100% sasaran kajian iaitu 10 orang murid 2 Optimis lulus dalam ujian mengenal pasti huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan menulis suku kata setelah menggunakan Teknik Dalil.
Murid telah menjalani ujian pos. Soalan ujian yang digunakan semasa ujian pra digunakan semula. Soalan ujian mengarahkan murid menulis suku kata mudah Jawi daripada tulisan Rumi. Perbandingan keputusan yang dicapai murid dalam ujian pra dan pos adalah seperti dalam Jadual 5.
Jadual 5
Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos Iaitu Sebelum Teknik Dalil Dan Selepas Teknik Dalil
Ujian Pra

Ujian Pos

Gagal

Lulus
Gagal
Lulus
100%
0%
0%
100%

Jadual menunjukkan semua murid yang gagal semasa ujian pra telah lulus dalam ujian pos. ini menunjukkan Teknik Dalil telah dapat meningkatkan kemahiran 10 orang murid 2 Optimis mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan menulis suku kata mudah bagi tulisan Jawi. Dapatan ini juga menunjukkan objektif menjalankan kajian ini iaitu untuk memastikan 100% murid lulus dalam ujian setelah menggunakan teknik Dalil Avu Zar Zad telah tercapai.
8.2  Objektif 2: Untuk memastikan 100% sasaran kajian iaitu 10 orang murid 2 Optimis lulus dalam ujian bagi mengenal pasti huruf-huruf Jawi yang  boleh dan tidak boleh disambung setelah menggunakan Teknik Avu Zar Zad.
Soalan kedua ujian pos ialah untuk murid-murid menyambung huruf-huruf tunggal Jawi. Soalan yang digunakan juga adalah sama dengan soalan yang digunakan semasa ujian pra. Analisis data adalah seperti dalam Jadual 6 di bawah:

Jadual 6
Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos Iaitu Sebelum Teknik  Avu Zar Zad Dan Selepas Teknik Avu Zar Zad
Ujian Pra
Ujian Pos
Gagal
Lulus
Gagal
Lulus
100%
0%
20%
80%

Berdasarkan dapatan dalam Jadual 6, didapati Teknik Dalil Avu Zar Zad berjaya menjadi pemangkin perubahan markah yang ketara terhadap para murid. Walaupun ujian pos menunjukkan 20% peratus murid masih gagal, namun tidak memberi makna kegagalan teknik ini meningkatkan kemahiran murid kerana murid berkenaan gagal mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran seperti murid-murid lain, iaitu sering tidak hadir ke sekolah. Dapatan ini juga menunjukkan objektif kajian tindakan ini iaitu untuk meningkatkan kemahiran 10 orang murid Tahun 2 Optimis mengenal huruf-huruf Jawi yang  boleh dan tidak boleh disambung serta menyambung huruf-huruf tunggal menggunakan Teknik Avu Zar Zad dengan memastikan 100% murid lulus dalam ujian telah dapat dicapai.

1.0               REFLEKSI AMALAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG LALU
Saya telah mengajar Jawi selama 9 tahun. Selama itu jugalah saya menghadapi masalah yang sama, iaitu pelajar begitu mengambil masa untuk menguasai Jawi. Sudahlah peruntukan masa untuk bidang ini cuma setengah jam sahaja.  Bagi saya, mengajar Jawi ini sama sahaja seperti mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, cuma tulisannya sahaja yang berbeza. Jadi peruntukan waktu selama setengah jam memang tidak memadai. Ketidakmampuan murid menguasai Jawi memberi implikasi negatif kepada mereka, iaitu tidak minat dengan mata pelajaran Jawi. Kaedah pengajaran saya juga sama sahaja sebagaimana yang saya gunakan sejak mula mengajar Jawi. Saya tidak dapat lari daripada kaedah chalk and talk. Saya akhirnya berfikir adakah kaedah ini sahaja yang sesuai untuk saya gunakan dalam mengajar Jawi. Mengapa hanya chalk and talk? Sedangkan sudah terbukti ramai murid saya yang tidak dapat saya tingkatkan kemahiran mereka dengan kaedah tersebut. Tidak adakah kaedah lain yang lebih berkesan? Perkara ini memang saya sudah terfikir sejak sekian lama.
Mesti ada sesuatu yang saya boleh lakukan! Bukan hanya di satu dua kelas, tetapi semua kelas yang saya ajar termasuk kelas Tahun 2 Optimis. 10 orang murid Tahun 2 Optimis langsung tidak memperlihatkan minat, malah tidak pernah dapat menjawab soalan-soalan yang saya kemukakan.  Perkara ini amat membimbangkan. Saya tidak boleh membiarkan situasi ini berlarutan. Saya harus memulakan usaha untuk memperbaiki situasi ini. Masalah ini mungkin berpunca daripada diri saya sendiri yang tidak pernah mengubah kaedah untuk pelaksanaan P&P. Saya bertanya pada diri, mungkinkah saya perlu mendekati murid untuk mendalami masalah mereka dan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran Jawi yang dihadapi.
Mungkinkah persekitaran kelas yang tidak kondusif mengganggu minat mereka? Papan kenyataan di kelas langsung tidak diisi dengan perkara-perkara berkaitan mata pelajaran Jawi. Pihak sekolah juga kurang memberi penekanan terhadap kepentingan mata pelajaran Jawi, malah ada waktunya  terdapat guru yang meminta izin untuk mengambil waktu P&P Jawi bagi mengajar subjek yang lain.Adakah ini menggambarkan pada murid bahawa mata pelajaran ini tidak penting?
Ibu bapa murid pula kebanyakan tidak mempunyai latar belakang pendidikan Jawi. Ibu bapa yang berpendidikan tinggi kebanyakan hanya member penekanan kepada mata pelajaran untuk UPSR dan tidak begitu kisah dengan pencapaian anak-anak mereka dalam mata pelajaran Jawi. Jadi adakah perkara ini turut mempengaruhi kemahiran dan minat mereka?
Setelah berfikir berkali-kali, akhirnya saya memutuskan untuk memulakan Kajian Tindakan ini dengan memilih 10 orang murid Tahun 2 optimis sebagai sasaran pertama saya. Ini kerana, saya dapati 10 orang murid ini menghadapi masalah yang sangat kritikal untuk menulis Jawi. Walaupun kadang-kadang mereka kelihatannya cuba menumpukan perhatian semasa saya mengajar, tetapi kelihatannya mereka sukar untuk mengikuti pengajaran apatah lagi untuk memahami apa yang saya ajarkan.  Banyak soalan yang sama saya terima daripada murid, antaranya “Ustazah, huruf K sama dengan huruf apa?”, “Ustazah,  huruf zal boleh disambungkan dengan huruf dal tak?, “Ustazah, huruf alif boleh disambungkan dengan huruf dal tak?, “Ustazah, boleh tak huruf kaf disambungkan dengan huruf ya?” dan soalan-soalan lain yang sering kali berulang-ulang yang sama! Kekerapan menerima soalan dan memberi jawapan yang sama memberi saya idea untuk menghasilkan satu formula bagi membantu mereka memahami  Jawi dan secara tidak langsung memberi mereka panduan mencari jawapan bagi persoalan-persoalan yang sering mereka kemukakan.
Pertanyaan yang sama berulang kali juga meyakinkan saya bahawa tentu ada kelemahan dalam amalan pengajaran yang telah saya gunakan menyebabkan murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran yang diperlukan. Selain cara pengajaran saya yang mungkin tidak berkesan dan tidak menarik, murid juga agaknya tidak mendapat tunjuk ajar atau bantuan ibu bapa dalam mengulangkaji mata pelajaran Jawi di rumah. Saya dapat memahami masalah tersebut kerana mungkin latar belakang ibu bapa mereka yang tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan mata pelajaran Jawi. Mereka juga mungkin merasakan Jawi tidak penting kerana tidak dinilai dalam UPSR. Hakikat sebenarnya, walaupun bidang Jawi yang menjadi sub mata pelajaran Pendidikan Islam ini tidak dinilai dalam peperiksaan UPSR namun penilaian akan tetap dilakukan dalam peperiksaan PMR dan SPM di sekolah menengah nanti. Justeru, kemahiran menulis Jawi perlu dipupuk sejak di sekolah rendah bagi memastikan mereka mempunyai minat yang berterusan terhadap mata pelajaran Jawi serta bagi memastikan mereka dapat menguasai mata pelajaran Jawi. Ringkasnya, mahir atau tidak mahir seseorang murid itu menulis dan membaca Jawi, adalah bertitik tolak di sekolah rendah lagi. Saya harus membantu mereka menguasai Jawi sebelum mereka ke sekolah menengah, ibarat kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Saya bertambah yakin keputusan saya untuk bertindak dengan menghasilkan formula atau teknik baru mengajar Jawi akan dapat dapat membantu saya mengatasi masalah ini. Dengan teknik baru itu nanti, saya bukan sahaja dapat memperbaiki amalan pengajaran saya tetapi juga mungkin akan dapat meningkatkan minat murid saya terhadap mata pelajaran Jawi. Saya semakin pasti dengan fokus kajian saya, menghasilkan teknik atau formula baru untuk meningkatkan kemahiran murid menulis Jawi, bermula dengan murid Tahun 2 Optimis! Mula-mula saya akan menghasilkan teknik untuk membantu mereka mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf  Rumi serta menulis perkataan Jawi menggunakan suku kata mudah, kemudian saya akan menghasilkan teknik atau formula untuk membantu mereka mengenali huruf Jawi yang boleh disambung dan tidak boleh disambung.  Mudah-mudahan hasrat saya untuk meningkatkan kemahiran 10 orang murid tahun 2 Optimis ini  menulis Jawi akan tercapai. 


 3.0          OBJEKTIF KAJIAN
Berikut ialah objektif umum dan objektif khusus bagi kajian ini:
3.1          Objektif Umum
Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk meningkatkan kemahiran 10 orang murid Tahun 2 optimis menulis Jawi dengan meningkatkan kemahiran mereka mengenali huruf-huruf Jawi yang mewakili huruf-huruf Rumi serta membantu mereka menulis suku kata mudah menggunakan Teknik Dalil dan mengenali huruf tunggal Jawi yang boleh disambung dan tidak boleh disambung menggunakan Teknik Avu Zar Zad. Diharapkan dengan teknik yang diperkenalkan, murid-murid tersebut  dapat menguasai kemahiran menulis Jawi dengan baik serta akan lebih meminati mata pelajaran Jawi. Seterusnya diharapkan mereka akan dapat mencapai pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM yang akan mereka jalani semasa di peringkat menengah nanti.
3.2          Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:
i.                     Untuk memastikan 100% murid Tahun 2 optimis lulus dalam ujian mengenal pasti huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi setelah menggunakan Teknik Dalil.
ii.                   Untuk memastikan 100%  murid Tahun 2 Optimis lulus dalam ujian mengenal pasti huruf-huruf Jawi yang boleh dan tidak boleh disambung setelah menggunakan Teknik Avu Zar Zad.
iii.                  Untuk meningkatkan skor min minat murid Tahun 2 Optimis terhadap mata pelajaran Jawi setelah menggunakan Kad Dalil Avu Zar zad





13



1 comment:

  1. Boleh berhubung terus dengan saya jika berminat untuk melakukan kajian terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran mengikut subjek masing-masing

    ReplyDelete