MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENENTUKAN PERUBAHAN
BENTUK FASA-FASA BULAN MENGGUNAKAN
“ RODA CELIK MINDA “ KEPADA 10 ORANG MURID
TAHUN 6 CEMERLANG.
Oleh;
Zarisham b Zakaria
Sekolah Kebangsaan Gemang
17700 Ayer Lanas,
Kelantan.
ABSTRAK
Kajian
dijalankan di atas kesedaran dan pemerhatian bahawa “Fasa-fasa bulan” menjadi masalah bagi kebanyakan pelajar. Fikiran
jadi buntu memikirkan cara terbaik bagi memastikan kemahiran ini mampu dikuasai
oleh murid 100%. Kebanyakan pelajar cuba memahami tetapi hakikatnya mereka hanya sekadar menghafal fenomena terbabit.
Sudah berbelas tahun mengajar, masalahnya tetap sama. Hasil analisa soalan
tahun-tahun lepas, topik fasa-fasa bulan sentiasa ditanya sama ada di bahagian
A atau bahagian B.Tinjauan awal membuktikan pelajar tidak memahami perubahan
fasa-fasa bulan dan cuba meneka bentuk yang terhasil mengikut tarikh yang
tertentu. Data dapatan yang digunapakai meliputi soal selidik, temubual,
pemerhatian dan ujian. Oleh itu saya memperkenalkan satu kaedah yang berbentuk
permainan “ Roda Celik Minda” “. Seramai 10 orang pelajar dipilih dengan
bantuan seorang guru. Aktiviti ini dijalankan selama 30 minit dan dilaksanakan
sekali seminggu selepas waktu pembelajaran formal. Dengan bimbingan guru,
pelajar akan mempu memahami fenomena yang terbabit. Ia akan diulang sehingga
kefahaman pelajar betul-betul mantap. Alternatif yang disarankan oleh
kementerian melalui kaedah main peranan agak kabur dan menyukarkan pelajar untuk
memahami fenomena sebenar. Ia merupakan pendekatan yang dapat membantu pelajar
untuk berada dalam situasi sebenar semasa kejadian.
1.
REFLEKSI AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
“
Ingat ne…..lepas ne jadi gini. Bila kat sini bentuknya berubah menjadi seperti
ini pula” Kata ku kepada pelajar. Masing-masing terpinga-pinga, kerdipan mata
menjelaskan bahawa pelajar sebenarnya tak faham. Hakikatnya aku sendiri
menyedari keadan tersebut telah wujud berbelas tahun. Pelajar pula asyik
merungut……” payahlah cikgu”…….”tak fahamlah”, kita pula asyik dengan “ chalk
and talk”. Pelajar terus buntu. Aku terus hanyut dengan cara lamaku, pelajar pula
disuap melalui hafalan sedangkan konsep sebenar tidak difahami.
Tidak
boleh menyalahkan pelajar kerana Topik Alam Semestar ini amat sukar dijelaskan
melalui secara nyata dan ia hanya melalui gambaran mental sehaja. Ia abstrak
dan pengetahuan sedia ada pelajar pun kurang. Jadi ia menjadi tugas kita untuk
keluar dari amalan-amalan lama yang tak sesuai untuk digunapakai buat masa
sekarang. Saya memula kajian dengan membuat analisis item soalan UPSR sebenar. Juga
melalui sumbangsaran dengan rakan-rakan guru lain yang turut juga mengalami
masalah yang sama.
Isu
utama ialah bagaimana untuk menentukan bahawa pelajar memahami perubahan
fasa-fasa bulan mengikut perubahan masa dan waktu. Oleh itu pemikiran pelajar
perlu dibentuk melalui satu kaedah yang dapat membantu menjelaskan fenomena
sebenar. Jelasnya ibu bapa tidak akan mampu untuk membantu menyelesaikan masalah
ini. Buku rujukan yang dibaca tidak 100%
dapat membina idea dan kefahaman sebenar. Ini terbukti bila sesi soal
jawab semasa pengajaran, pelajar hanya mampu berdiam diri sahaja. Adakah ia
tiada jalan penyelesaiannya?
2.
FOKUS KAJIAN
Kemahiran menentukan perubahan bentuk
fasa-fasa bulan adalah aspek terpenting bagi membantu pelajar menjawab soalan dengan tepat. Oleh kerana itu, saya harus mengambil langkah yang tepat bagi membantu
pelajar mengatasi masalah ini. Saya telah dapat
mengenal pasti punca utama mereka tidak dapat menentukan bentuk bulan
berdasarkan perubahan tarikh dalam masa sebulan peredaran bulan mengelilingi
bumi. Maka
saya akan menggunakan teknik baru yang akan membantu mereka mengatasi masalah
tersebut. Teknik ini dikenali
sebagai “ Roda Celik Minda ” dapat membantu seramai 10 orang pelajar untuk
memahami perubahan bentuk fasa-fasa bulan yang sebenarnya. Selain itu, aktiviti memberi mereka ujian dan meminta mereka menjawab
soal selidik akan dapat dijalankan dengan lebih mudah. Saya berharap hasil
analisis data akan dapat membantu saya mengenal pasti sama ada intervensi yang
saya laksanakan dapat meningkatkan kemahiran murid.
3.
OBEJKTIF KAJIAN
Berikut
ialah objektif umum dan objektif khusus bagi kajian ini:
3.1 Objektif Umum
Objektif
kajian ini secara umumnya adalah untuk meningkatkan kemahiran 10 orang murid
Tahun 6 Cemerlang menentukan perubahan bentuk fasa-fasa bulan dengan
menggunakan Teknik “ Roda Celik Minda”. Diharapkan dengan teknik yang
diperkenalkan, murid-murid tersebut
dapat menguasai kemahiran tersebut. Seterusnya diharapkan mereka akan
dapat mencapai pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.
3.2 Objektif Khusus
Objektif
khusus kajian ini adalah seperti berikut:
i.
Untuk
memastikan 100% murid Tahun 6 Cemerlang mengenalpasti bentuk fasa-fasa bulan
yang sebenarnya.
ii.
Untuk
memastikan 100% murid Tahun 6 Cemerlang
lulus ujian yang dijalankan menggunakan Teknik “ Roda Celik Minda ”.
4.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan
sasaran terdiri daripada 10 orang murid Tahun 6 Cemerlang SK. Gemang yang
menghadapi masalah menentukan perubahan fasa-fasa bulan. Daripada pemerhatian,
mereka adalah kumpulan murid yang paling memerlukan bantuan untuk meningkatkan
kemahiran tersebut. Saya mengambil keputusan untuk menjalankan kajian ke atas
murid-murid ini untuk mengenal pasti keberkesanan intervensi dalam membantu
murid-murid yang tidak dapat mengikuti P&P melalui kaedah tradisional yang
dijalankan selama ini.
5.
PERANCANGAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Bulan
|
Minggu
|
Aktiviti
|
Catatan
|
Februari
|
1
Dan
2
|
1.
Menyediakan kaedah soalan tertutup yang
memerlukan pelajar menjawab Ya / Tidak
|
Seperti
Lampiran 1
|
2.
Membina skema Temubual Separa
Berstruktur dan Tidak Berstruktur.
|
Seperti
Lampiran 2
Kad
Gambar
|
||
3.
Membina dan melaksanakan Ujian Pra.
|
Seperti
Lampiran 3
|
||
3
Dan
4
|
1.
Menggumpul hasil dapatan untuk dianalisa.
|
Seperti
Lampiran 4
|
|
2.
Menganalisis data yang diperolehi
menggunakan pelbagai pendekatan.
|
|||
3.
Membuat laporan dan rumusan dapatan .
|
|||
4.
Analisis Dokumen
ᵜ
Buku Laporan Praktikal Amali
ᵜ
Ujian Bulanan
ᵜ
Rekod Pencapaian
|
|||
Mac
|
1
2
3
|
Pelaksanaan
Program Intervensi
Aktiviti
1
Murid-murid
diperkenalkan dengan konsep perubahan fasa-fasa bulan melalui teknik
permainan “ Sentuhan Minda “. Memahami
konsep fasa-fasa bulan.
Aktiviti
2
Murid-murid
pula perlu membina dan mengelas urutan kejadian sebenar perubahan fasa-fasa
bulan melalui “ kad aura fasa-fasa bulan”. Ia diulang sehingga
murid-murid boleh mengingat urutan tersebut sebagaimana Teori Kemmis dan Mc
Taggart.
Aktiviti
3
Murid-murid
melakukan main peranan melalui
“
Roda Celik Minda” dalam situasi dan keadaan sebenar kejadian fasa-fasa bulan.
Pemerhatian dijalankan dan setiap perubahan murid direkodkan.
|
|
4
|
Menjalankan
Ujian Pos dan soal selidik
|
||
April
|
1
dan
2
|
Menganalisis
data
Menyediakan
refleksi selepas kajian
Menyedia
kertas laporan
|
LAMPIRAN 1
Nama
Pelajar :
Soalan
Tertutup
Sila
nyatakan persetujuan anda berdasarkan kepada pernyataan di bawah:
Tandakan
( / ) pada kotak yang disediakan.
Bil
|
Pernyataan
|
Ya
|
Tidak
|
1)
|
Saya
boleh jelaskan apa itu Takwim Qamari
|
||
2)
|
Bulan
merupakan sebuah planet
|
||
3)
|
Fungsi
bulan ialah beredar mengelilingi bumi dan matahari
|
||
4)
|
Saya
tahu arah peredaran bulan ialah mengikut arah putaran jam.
|
||
5)
|
Bulan
berbentuk bulat
|
||
6)
|
Saya
boleh menceritakan ciri-ciri bulan
|
||
7)
|
Saya
tahu bulan merupakan satelit semulajadi bumi
|
||
8)
|
Fasa
Bulan purnama berlaku pada awal bulan.
|
||
9)
|
Fasa
bulan separa berlaku pada hari yang ke 15 pada setiap bulan.
|
||
10)
|
Bulan
mengeluarkan cahaya sendiri
|
||
11)
|
Saya
sering memerhati bentuk bulan di langit dan dalam masa yang sama mengetahui
tarikh berdasarkan pemerhatian itu.
|
||
12)
|
Terdapat
kawah dan gunung ganang di permukaan bulan.
|
LAMPIRAN 4
1. Analisis Data Soalan
Tertutup
Bil
|
Nama Pelajar
|
Peratus Keupayaan Pengetahuan
|
1)
|
Nor
Siti Aisyah bt Anuar
|
32%
|
2)
|
Nur
Mahirah Senusi
|
58%
|
3)
|
Nik
Danial Haikal b Nik Sin
|
32%
|
4)
|
Mohd
Danial Haikal b Yasok
|
25%
|
5)
|
Hafizzudin
b Mohd Zaki
|
37%
|
6)
|
Nur
Amira Shafiqa bt Ramzi
|
58%
|
7)
|
Nur
Sarah Athirah bt Md. Fauzi
|
58%
|
8)
|
Nurul
Aqasa bt Amaran
|
50%
|
9)
|
Nur
Atiah Shafiqah bt Saidi
|
32%
|
10)
|
Muhd
Atiq Arysad b Makhter
|
32%
|
Peratus Keupayan Pengetahuan
|
Kekerapan
|
0% - 10%
|
0
|
11% - 20%
|
0
|
21% - 30%
|
1
|
31% - 40%
|
5
|
41% - 50%
|
1
|
51% - 60%
|
3
|
61% - 70%
|
0
|
LAMPIRAN
2
Sesi
temubual secara Separa Berstruktur dan Tidak berstruktur.
1. Apa itu fasa-fasa
bulan?
2. Saya boleh membuat
perbandingan saiz bulan dengan bumi.
3. Saya hanya faham
sedikit-sedikit mengenai fasa-fasa bulan.
4. Saya sentiasa
mempunyai masalah apabila menjawab soalan yang berkaitan dengan fasa-fasa
bulan.
5. Boleh tak pelajar
menyusun kedudukan fasa-fasa bulan mengikut kad gambar yang diberikan?
6. Mengapa fasa-fasa
bulan terbentuk?
7. Adakah awak meneka
atau betul-betul memahami fasa-fasa bulan semasa menjawab soalan
objektif?
8. Nyatakan cirri-ciri
bulan?
9. Apakah persamaan di
antara bumi dan bulan?
10. Topik fasa-fasa
bulan sukar difahami, betul atau tidak?
11. Bila saya baca buku
rujukan, ia dapat membantu kefahaman saya mengenai topik ini.
12. Suhu di bulan
adalah serupa sebagaimana di bumi?
2. Analisis Sesi
Temubual Separa dan Tidak Berstruktur
Bil
|
Nama Pelajar
|
Peratus Keupayaan Pengetahuan
|
1)
|
Nor
Siti Aisyah bt Anuar
|
42%
|
2)
|
Nur
Mahirah Senusi
|
50%
|
3)
|
Nik
Danial Haikal b Nik Sin
|
16%
|
4)
|
Mohd
Danial Haikal b Yasok
|
42%
|
5)
|
Hafizzudin
b Mohd Zaki
|
32%
|
6)
|
Nur
Amira Shafiqa bt Ramzi
|
16%
|
7)
|
Nur
Sarah Athirah bt Md. Fauzi
|
42%
|
8)
|
Nurul
Aqasa bt Amaran
|
16%
|
9)
|
Nur
Atiah Shafiqah bt Saidi
|
08%
|
10)
|
Muhd
Atiq Arysad b Makhter
|
08%
|
Peratus Keupayan Pengetahuan
|
Kekerapan
|
0% - 10%
|
2
|
11% - 20%
|
3
|
21% - 30%
|
0
|
31% - 40%
|
1
|
41% - 50%
|
4
|
51% - 60%
|
0
|
61% - 70%
|
0
|
No comments:
Post a Comment