Tuesday 6 November 2012

Pengurusan Keselamatan Makmal


PENGURUSAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS
SK GEMANG, JELI,
KELANTAN

Keselamatan di makmal sains merupakan aspek utama untuk melindungi mereke yang berada di dalam makmal sains dan segala kemalanga akibat daripada kecuaian atau di luar jangkaan. Tugas guru sains menjadi lebih mencabar bagi memastikan keselamatan bilik makmal adalah terjamin.

Dalam Pengurusan Keselamatan Makmal Sains, kemalangan boleh dielakkan dengan cara;
-          Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang peralatan/radas dan bahan sains
-          Arahan yang jelas dan terperinci kepada pelajar
-          Maklumat yang lengkap tentang bahaya eksperimen
-          Mengatur langkah-langkah aktiviti dan prosedur kerja yang betul.
-          Pengawasan semasa menjalankan eksperimen
-          Arahan guru dan peraturan makmal adalah diutamakan
-          Minat dan kesungguhan pelajar semasa menjalankan eksperimen perlu dititikberatkan

Pekeliling KP(BS)8600/7/A/(81) Tindakan Keselamatan;
Pemaparan NOTIS PENTING;

JAGALAH KESELAMATAN ANDA,    JANGAN BISING,   JANGAN BERGURAU, 
PERATURAN MAKMAL SAINS,  SENARAI BAHAN/IVENTORI
Latihan Kebakaran,  Kelengkapan Alat Pemadan Api, Kit Pertolongan Cemas,
Rekod Kemalangan
◊ Kebenaran guru hendaklah diperolehi semasa memasuki makmal.
◊ Peralatan tidak boleh dibawa keluar KECUALI kebenaran guru.
◊ Peralatan sains hanya boleh di gunakan dengan kebenaran guru.
◊ Peralatan yang telah digunakan hendaklah disimpan di tempat asal.
◊ Segala kerosakan hendaklah dilaporkan kepada guru.
◊ Pelajar hendaklah menjaga kebersihan di dalam makmal.
◊ Pelajar dilarang bermain di dalam makmal sains.
◊ Pelajar hendaklah beratur semasa datang dan  pulang ke dalam kelas.
◊ Beg dan makanan tidak boleh dibawa masuk.
◊ Dilarang menghidu atau merasa sebarang bahan kimia yang merbahaya
◊ Aktiviti pembelajaran hendaklah bersama-sama guru.
◊ Sentiasa mengikut ARAHAN guru semasa menjalankan kajian.

PERINGATAN

Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian yang tidak diingini sekiranya pelajar tidak mematuhi perturan yang tersebut.

               PENGAKUAN
                            “ Saya telah membaca dan faham kandungan peraturan makmal dan mengaku akan
                               mematuhi segala peraturan di dalamnya “

                                   Tanda tangan pelajar                   Nama : ______________________________







No comments:

Post a Comment