KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN.
PEMBELAJARAN.
=========================================================================
ABSTRAK
Konstruktivisme merupakan proses
pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda
pelajar. Ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan kepada murid dalam bentuk
yang serba sempurna melalui pengajaran guru . Ini bererti bahawa" guru
tidak boleh belajar bagi pihak murid " dan murid sendiri perlu melibatkan
diri secara aktif untuk merangsang pengaliran pengetahuan secara
berterusan.
PENDAHULUAN
Konstruktivisme
merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam
minda pelajar.A.N. Whitehead (1929) mengingatkan kita
supaya tidak membebankan kanak-kanak dengan pengetahuan yang
tidak berkembang (" dead knowledge").Apa yang
diketengahkan oleh Whitehead ialah amalan mengajar di
sekolah perlulah menjurus kepada usaha membolehkan
kanak-kanak atau murid berfikir dalam persekitaran kehidupan dan
mengelakkan daripada hanya memberi pengetahuan yang bersifat kaku ( inert ideas
) yang tidak mampu digunakan bagi menyelesaikan masalah harian.
Barnes (1976) dan
Bransford (1986) mengkaji tentang'inert ideas' mendapati kebanyakan pengetahuan
yang diajar di sekolah adalah terasing daripada cara kanak-kanak
berfikir.Menurut Bransford ramai yang berpandangan bahawa pengetahuan yang
didapati di sekolah hanya merupakan pengetahuan yang dipindahkan dari seseorang
kepada seseorang yang lain. Pengetahuan tersebut hanya cukup untuk menjawab
soalan daripada guru ataupun untuk menjawap soalan-soalan peperiksaan sahaja
tetapi ianya tidak menunjukkan pengetahuan individu secara keseluruhan. Pengajaran yang lazim diamalkan
oleh kebanyakan guru masa kini masih lagi berasaskan kepada amalan yang sama
iaitu menyuap murid-muriddenganpengetahuan
bagi membolehkan pelajar menjawab dengan betul dalam peperiksaan
tetapi tidak mampu menyelesaikan masalah yang melibatkan pengaplikasian
pengetahuan tersebut.
KONSTRUKTIVISME - KAJIAN
AWAL
Pembelajaran bermakna (meaningful
learning) mengikut John Dewey (1966) merangkumi 'learning by doing' yang
seterusnya dapat membantu murid berfikir dan membentuk kefahaman tentang
masalah. DiAmerika Syarikat , program pengajarandan buku teks telah diolah agar
lebih menjurus kepada penggalakan proses berfikir di kalangan murid-murid ,
menyelesaikan masalah dan membina keupayaan untuk belajar.
Jean Piaget seorang
yang terkenal dengan teori perkembangan kognitifj uga merupakan orang yang
memberi sumbangan penting dalam konstruktivisme dengan mengutarakan 4 fasa
dalam perkembangan pemikiran kanak-kanak yang menjadi asas kepada kefahaman
konstruktivisme.
i.Fasa Pertama :Menjelaskan
tentangasas yang membolehkan kanak-kanak membuat penaakulan
yang
tidakbercirikan
struktur yang logik.
ii.Fasa Kedua
:Menjuruskepada pendefinisian ciri-ciri struktur matematikal logik.
iii.Fasa ketiga :Memfokuskan
pembinaan pengetahuan melalui struktur matapelajaran.
iv.Fasa Keempat :Tertumpu kepada mekanisme
perkembangan yang mengaitkan perhubungan antara
'assimilation- accomodation'
Persoalannya ,
sejauhmanakah amalan yang digunakan oleh guru-guru sekarang dapat menyampaikan
ilmu pengetahuan yang menjurus kepada pembelajaran bermakna? Pada asasnya ,
konstruktivisme dapat dilihat sebagai kepercayaan bahawa pembelajaran bermula
daripada pengetahuan dan pengalaman yang tersimpan dalam memori pelajar. Dalam
proses pembelajaran , maklumat baru diproses dan diserapkan untuk dijadikan
sebahagian aripada memori di dalam minda pelajar. Pembelajaran bermakna akan
berlaku apabila maklumat baru dapat dikaitkan dengan memori sedia ada untuk
membina suatu kerangka baru ilmu pengetahuan yang lebih luas.
Dengan itu jelaslah
bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan kepada murid dalam bentuk yang
serba sempurna melalui pengajaran guru . Ini bererti bahawa" guru tidak
boleh belajar bagi pihak murid " dan murid sendiri perlu melibatkan diri
secara aktif untuk merangsang pengaliran pengetahuan secara berterusan.
AMALAN
KONSTRUKTIVISE DALAM BILIK DARJAH
Pengajaran dan
pembelajaran berasaskan konstruktivisme menyeimbangkan peranan guru dan pelajar
untuk berperanan secara saling bersandar di antara satu sama lain. Ahli
konstruktivisme berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus bilik darjah.
Guru seharusnya menerima murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri
perlakuan yang berbeza dimana individu itu dianggap penting dalam proses
pembelajaran dan perlu diberi perhatian sewajarnya. Pengajaran dan pembelajaran
konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai
dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep
atau pengetahuan.
Seseorang guru
boleh mengamalkan pendekatan konstruktivisme dengan mengambil kira beberapa
faktor :
- Murid diberi peluang berkongsi persepsi
antara satu sama lain
- Murid diberi peluang mengemukakan
pandangan tentang sesuatu konsep
- Murid digalakkan menghormati pandangan
alternatif rakan mereka
- Semua pandangan murid dihormati dan tidak
dipandang rendah
- Pembelajaran berpusatkan murid
- Guru mementingkan kemahiran saintifik dan
kemahiran berfikir
- Murid digalakkan merenung kembali proses
pembelajaran yang dilaluinya
- Murid diminta menghubungkaitkan idea asal
dengan idea yang baru dibina
- Murid digalakkan mengemukakan hipotesis
- Guru tidak menyampaikan maklumat secara
terus kepada murid
- Murid banyak berinteraksi dengan murid
lain dan guru
- Guru perihatin terhadap keperluan ,
kebolehan dan minat murid
- Murid digalakkan bekerja secara kumpulan
Suasana bilik darjah
di mana amalan konstruktivisme dijalankan adalah berpusatkan murid dan
berpusatkan bahan. Di samping itu guru akan menggunakan penyoalan bukan untuk
menguji kefahaman murid tetapi adalah untuk menguji kemahiran murid dalam
membina konsep.
PERANAN GURU DAN MURID DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PERANAN
GURU
1. Guru tidak
menganggap minda murid sebagai bekas kosong yang perlu diisikan dengan fakta
dan pengetahuan baru.
2.Guru berperanan
sebagai pembimbing /fasilatator
3.Guru berperanan
sebagai pengurus bilik darjah untuk menangani hal-hal disiplin
murid dengan sempurna
PERANAN MURID
1. Murid tidak
menganggap guru sebagai pembekal
maklumat tetapi sebagai suatu daripada
sumber pengetahuan untuk membantu mereka mencari maklumat dan
menggalakkan mereka berfikir serta berkomunikasi.
2.Murid
bertanggungjawab terhadap segala usaha untuk mencari pelbagai cara untuk
memproses maklumat dan menyelesaikan masalah
3.Murid berdisiplin
dalam membuat keputusan sendiri untuk melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran.
CIRI-CIRI PEMBELAJARANKONSTRUKTIVISME
ØPengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu
sendiridan tidak diterima secara pasif dari persekitarannya. Ini beerti
pembelajaran merupakandaripada usaha pelajar itu sendiri dan bukan dipindahkan
daripada guru kepada pelajar .
ØPelajar membina pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing
dan pengetahuan sedia ada pelajar .
ØSetiap pelajar mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan
mereka pelajari. Pelajar diberi peluang untuk membentuk kemahiran dan
pengetahuan dan menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa
depan .
PENUTUP
Konstruktivisme adalah
pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar untuk belajar
(learn how to learn) dengan membina makna dalam kerangka minda
masing-masing berasaskan pengalaman dan persekitaran yang sedia ada. Ia
menuntut agar guru lebih perihatin terhadap keperluan dan kehendak
pelajar secara individu. Walaupun begitu konstruktivisme merupakan
satu anjakan yang perlu diaplikasikan terutamanya dalam
pendidikan matematik. Ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk
merealisasikannya dalam kehidupan seharian mereka.
PENDEKATAN
PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
Pengenalan
Pengajaran
dan pembelajaran matematik melibatkan kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti
yang tinggi. Pembelajaran matematik
memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan mantap dan menyeluruh.
Perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran matematik perlu mengambil kira
keperluan dan tahap pencapaian para murid.
Kurikulum
Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi murid secara
menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani.emosi dan jasmani supaya mereka dapat
menjalani kehidupan dengan berkesan dan
bertanggungjawab. Bagi mencapai matlamat ini, guru perlu memilih kaedah
pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu
sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat. Salah satu trend
matematik yang perlu diamalkan ialah melalui pendekatan Pembelajaran
Konstruktivisme.
Pengertian Konstruktivisme
|
Pendekatan
konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Pengetahuan dikembangkan secara aktif
oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif dari persekitarannya.
Ini bermakna pembelajaran merupakan hasil daripada usaha pelajar itu sendiri
dan bukan dipindahkan daripada guru kepada pelajar. Iaitu tidak lagi berpegang
pada konsep pengajaran dan pembalajaran yang
lama , di mana guru hanya “menuang ilmu “ kepada murid tanpa murid itu
sendiri berusaha dan menggunakan pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka .
Untuk
membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru perlu mengambil
kira struktur kognitif yang sedia ada
pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk
dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah bentuk baru tentang
sesuatu ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan
Konstruktivisme.Beberapa ahli konstruktivisme berpendapat bahawa pembelajaran
bermakna bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Rutherford
dan Algren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang
hampir semua perkara sama ada betul atau salah.Jika kefahaman
dan pandangan diabaikan dan tidak
diatasi, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun
dalam peperiksaan , mereka memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
John
Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme dengan mengatakan bahawa pendidik
cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses
menyusun atau membina pengalaman secara
berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Ciri-ciri
Utama Pendekatan Konstruktivisme
Mengikut
pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang dipelajari.
Ini bermakna kepala pelajar bukanlah kosong. Penekanan diberi kepada murid
supaya berpeluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahuan iaitu dengan mengaitkan pengalaman lampau
dengan kegunaan masa depan. Murid bukan sahaja diberi fakta sahaja tetapi
penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi.
Peranan Guru Dalam Kelas Konstruktivisme
Melalui pendekatan konstruktivisme, guru perlu
mengubah peranannya dalam bilik darjah.. Guru akan berperanan sebagai
penyelidik . Dengan cara ini, guru lebih memahami bagaimana murid membina
konsep atau pengetahuan.
Ahli
konstruktivisme menganggap peranan guru di dalam kelas adalah sebagai pengurus
atau fasilitator untuk menangani masalah disiplin dengan sempurna. Murid
diterima sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza dan
perlu diberi perhatian. Mereka diberi peluang untuk membina keputusan
sendiri.tentang perkara yang mereka pelajari. Melalui proses ini mereka lebih
bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Sebaliknya mengikut ahli
objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai pengawal kelas.
Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yang
ditetapkan. Sekiranya ingkar mereka akan diberikan hukuman atau didenda oleh
guru tersebut.
Prinsip-prinsip Pendekatan
Konstruktivisme
Dalam pembelajaran secara
konstruktivisme pengetahuan tidak diterima secara pasif tetapi dibina secara
aktif oleh pelajar. Manakala fungsi pembelajaran adalah bersifat penyesuaian
dan bertanggungjawab untuk mengorganisasi dunia pengalaman dan bukan untuk
menemui dunia realiti.
Model
Pengajaran Konstruktivisme
- Model Pengajaran Interaktif
(Biddulph & Osborne)
v v Guru lebih
sensitif kepada idea dan persoalan pelajar.
v v Guru
menyediakan pengalaman penerokaan yang membolehkan pelajar menimbul persoalan
dan mencadangkan penerangan yang munasabah.
v v Guru
menyediakan aktiviti yang memfokuskan kepada idea dan persoalan oleh pelajar.
v v Guru
menyediakan aktiviti yang menggalakkan pelajar membuat penyiasatan.
v v Guru
berinteraksi dengan pelajar untuk mencabar dan melanjutkan idea mereka.
- Pengajaran Model Berpusatkan
Masalah (Wheatley)
v v Guru
memilih tugasan yang berkemungkinan
menjadi masalah besar kepada pelajar.
v v Pelajar
membuat tugasan dalam kelompok kecil.
v v Kelas akan
berkumpul semula untuk membentangkan kepada kelas dan guru. Guru hanya
berperanan sebagai fasilitator.
Cara-cara
Pelajar Membina Konsep Matematik
v v Pelajar
membuat penyelesaian matematik dengan manipulatif.
v v Pelajar
berbincang keputusan penyiasatan mereka.
v v Pelajar
menulis hasil pengalaman mereka.
v v Pelajar
belajar cara penemuan mereka.
v v Pelajar
berfikir secara mencapah.
v v Pelajar
menyelesaikan masalah yang terbuka.
Keberkesanan Strategi Pengajaran
Matematik Melalui Pendekatan
Kontruktivisme
v v Pelajar
berpeluang mengemukakan pandangan mereka terhadap sesuatu konsep.
v v Pelajar
dapat berkongsi persepsi /pandangan / idea antara satu sama lain.
v v Pelajar
dapat menerima serta menghormati semua pandangan daripada rakan-rakan mereka.
v v Semua
pandangan diterima dan tidak dipandang rendah.
v v Pelajar
dapat mengaplikasi idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan
kefahaman tersebut.
v v Pelajar
dapat merenung atau mengimbas kembali proses pembelajaran yang telah dilalui.
v v Pelajar
dapat menghubungkaitkan idea yang asal dengan idea yang baru dibinanya.
v v Pelajar
dapat mengemukakan hipotesis daripada aktiviti yang dilaluinya tetapi bukan
guru yang menerangkan teori.
v v Pelajar
dapat berinteraksi dengan pelajar lain dan guru.
v v Memupuk
semangat kerjasama antara individu dan kumpulan melalui aktiviti koperatif.
v v Pengajaran
berpusatkan kepada pelajar.
v v Guru akan
dapat meningkatkan kemahiran berfikir di kalangan pelajarnya.
v v Guru
menjadi lebih prihatin terhadap keperluan , kebolehan serta minat pelajar.
v v
Guru hanya mengemukakan soalan yang
boleh merangsangkan pelajar mencari jawapan.
Kesimpulan
Kesimpulannya pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme akan memberi peluang kepada
guru untuk memilih kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan murid dapat
menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau
pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahamannya tentang sesuatu
bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi. Selain itu, beban guru sebagi
pengajar akan berkurangan di mana guru lebih bertindak sebagai pemudahcara atau
fasilitator.
Dalam teori tingkahlaku , terdapat tiga prinsip
utama iaitu rangsangan, gerakbalas dan peneguhan. Teori ini dilihat sebagai
satu kaedah yang berobjektif. Pelajar akan bertindakbalas kepada apa yang
diberikan kepada mereka. Kebanyakan proses pembelajaran akan tertumpu kepada
pensyarah. Teori ini juga bergantung kepada tanggapan bahawa pelajar akan
mengekalkan sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan
kepadanya (Thorndike
1913). Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar diberikan ganjaran
markah yang sesuai selepas di berikan ujian dan tugasan, ia akan mengulangi
tindakbalas tersebut setiap kali rangsangan yang sama diberikan. Teori ini juga
menjelaskan ilmu adalah sesuatu yang aktif dan terbina pada suatu tempat (Wilhelmsen
et al. 1998). Teori ini sesuai untuk diaplikasikan kepada subtajuk yang
menjelaskan pendedahan asas kepada Autodesk Computer Aided Design Release 14 (
ACAD R14), prinsip kordinat dan perintah-perintah assists.Sebagai contoh
pendedahan pelajar kepada ikon di peringkat awal pembelajaran akan merangsang
pelajar untuk menggunakan ikon tersebut bagi memastikan apa yang terhasil
apabila ikon disebut ditekan semasa menggunakan perisian.
kembali ke atas
2.2 Teori
Konstruktivisme kembali ke atas
Dalam teori konstruktivisme, pelajar tidak lagi
dianggap belajar daripada apa yang diberikan oleh pensyarah tetapi pelajar
secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama
mengubahsuai realiti tersebut (Dick
1997). Dick
(1997) turut menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah
dalam mana persekitaran pembelajaran boleh disusunatur dan diurus supaya dapat
membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Golongan
konstruktivis juga menyatakan bahawa ilmu adalah satu entiti yang dibina oleh
setiap pelajar melalui proses pembelajaran (Briner
1999). Golongan konstruktivis juga percaya ilmu adalah sesuatu yang
tidak boleh dipindahkan tetapi ianya dibina oleh setiap pelajar (Briner
1999). Di dalam konstruktivisme ilmu adalah sesuatu yang relatif dan
berubah mengikut masa. Menurut prinsip konstruktivisme lagi proses
pembelajaran bertindak sebagai fungsi penyesuaian. Pembelajaran bukan merupakan
tempat simpanan maklumat tetapi ia adalah merupakan pengetahuan peribadi yang
berguna. Teori ini sesuai untuk tajuk yang mudah difahami oleh pelajar melalui
pendedahan yang minima. Sebagai contoh kefahaman pelajar keatas prinsip
kordinat dan line pada awal proses pembelajaran akan memudahkan pelajar untuk
belajar secara kendiri perintah yang melibatkan penghasilan objek segi empat
dan bulat di mana proses pembinaan objek ini melibatkan kefahaman yang betul
terhadap prinsip kordinat dan perintah line.
kembali ke atas
2.3 Teori
Kognitivisme kembali ke atas
Dalam teori ini pelajar akan memperolehi
maklumat secara aktif, menstruktur maklumat tersebut dan mengkaji pengetahuan
yang diperolehi supaya menjadi sesuatu yang bermakna. Teori ini lebih menjurus
kepada pengetahuan yang terkini dan pengetahuan yang lepas.Teori ini memandang
ilmu itu sebagai sesuatu yang simbolik, pembinaan mental di dalam pemikiran
seseorang dan menjadi satu proses yang membentuk gambaran simbolik itu kepada
ingatan apabila ianya diproses. Penemuan komputer pada tahun 1960 an dengan
prinsip pemprosesan maklumat telah menguatkan lagi prinsip pemprosesan maklumat
dari sudut pembelajaran. Teori ini mewujudkan satu perspektif baru di dalam
menjelaskan idea pemprosesan maklumat dan tidak seperti andaian tingkahlaku di
mana pelajar bertindakbalas dengan suasana sekeliling dan menyesuaikan diri
dengan keadaan tersebut secara pasif. Teori ini boleh diapplikasikan kepada
proses pembelajaran yang melibatkan proses kerja yang komplek dimana pelajar
akan menggunakan kemahiran mengingat jangka pendek dan dibantu latihan yang
berterusan bagi memahami urutan penghasilan lukisan yang melibatkan langkah
kerja yang komplek seperti pembelajaran perintah wblock.
kembali ke atas
2.4 Teori Andragogi kembali ke atas
Ini adalah teori yang dikeluarkan oleh Knowles
(1975) di mana ianya menghuraikan pendekatan yang perlu diambil di dalam
mengajar golongan dewasa. Knowles
(1975) menekankan bahawa golongan pelajar yang matang memandu diri
sendiri dan bertanggungjawab untuk membuat keputusan. Program pembelajaran
golongan pelajar yang matang perlu mengambilkira aspek asas ini. Knowles
(1975) membuat andaian di bawah terhadap reka bentuk pembelajaran untuk
golongan dewasa iaitu :
a. Golongan pelajar matang kena tahu
kenapa mereka perlu belajar. b. Golongan pelajar matang perlu belajar kendiri.
c. Golongan pelajar matang mendekati proses pembelajaran dengan kaedah penyelesaian
masalah.
d. Golongan pelajar matang akan mempelajari sesuatu topik itu dengan baik sekiranya mereka
menyedari kepentingan topik tersebut.
Prinsip asas yang terdapat pada teori ini ialah
:
a. Golongan dewasa perlu terlibat di dalam
perancangan dan penilaian pengajaran mereka.
b.
Pengalaman menjadi asas kepada aktiviti
pembelajaran. c. Golongan dewasa begitu berminat untuk mempelajari subjek yang mempunyai hubungan
dengan kerjaya mereka dan kehidupan mereka.
d. Proses pembelajaran lebih berpusat kepada
masalah berbanding dengan berpusat kepada
pengisian.kembali ke atas
2.5 Teori Minimal
Teori ini telah dibina oleh Caroll
(1998) untuk membentuk rangka kerja yang akan membina kaedah penerangan
khususnya bahan latihan untuk komputer. Teori ini mencadangkan beberapa perkara di bawah iaitu :
a. Semua aspek pembelajaran perlulah bermakna dan
di dalam lingkungan sendiri.
b. Pelajar perlu di beri projek yang
realistik secepat mungkin. c. Penyampaian membenarkan sebab kendiri dan memperbaiki keadaan dengan
menambahkan bilangan pembelajaran yang aktif.
d. Bahan dan aktiviti pembelajaran perlu menyediakan aktiviti untuk mengenal masalah dan
membaikinya.
e. Perlu ada hubungan yang rapat di antara
latihan dan situasi sebenar.
Teori ini juga menekankan pembelajaran disusun
berdasarkan kepada pengalaman yang ada pada pelajar.
kembali ke atas
3.0 Strategi
Pengajaran dan Pembelajaran dan Contoh Aplikasinya kembali ke atas
Para pendidik perlu menjalankan kajian ke atas
pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam merancang secara
sistematik proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan
pembelajaran tajuk lukisan dua dimensi dengan Autodesk Computer Aided Design
Releasa 14 ( ACAD R14) memerlukan strategi yang tertentu dan pendekatan yang
boleh diterapkan dan digunakan ke dalam pengajaran dan pembelajaran agar
matlamat dan objektif pengajaran tersebut boleh dicapai. Antara strategi dan
pendekatan yang digunakan dalam pengajaran tajuk lukisan dua dimensi dengan
perisian Autodesk Computer Aided Design Releasa 14 ( ACAD R14) ialah seperti
berikut:
kembali ke atas
kembali ke atas
Kaedah ini membantu pelajar untuk belajar
dengan lebih aktif dengan membentuk situasi atau memberikan penerangan tertumpu
pada sesuatu topik yang menarik.Suasana pembelajaran dibina dalam keadaan untuk
memupuk proses berfikir bagi membantu pelajar membina kemahiran berfikir yang
berkesan dan membantu untuk menyelesaikan masalah dengan baik dan berfikir
secara kritikal.Prinsip asas bagi kaedah ini ialah aktiviti pembelajaran dan
pengajaran perlulah ditumpukan pada sesuatu topik yang mendatangkan minat kepada
pelajar (Chen
2000).
Bahan pengajaran
perlu datang dari sumber yang dapat memberikan maklumat dengan banyak seperti
perisian kursus. Maddux et. Al (1997) ada menjelaskan bagaimana siri program
yang disusun oleh Jasper Woodbury adalah satu program yang membina simulasi
untuk meletakkan pelajar pada suasana masalah yang sebenar di mana mereka akan
menyelesaikannya secara realistik dan bermakna. Kaedah ini sangat sesuai untuk
digunakan bagi subtajuk yang melibatkan proses penghasilan objek dua(2) dimensi
seperti pelan lantai dan tampak kerana terdapat masalah menarik yang ada
hubungan terus dengan kerjaya pelajar.
kembali ke atas
kembali ke atas
Teknik ini menggalakkan pelajar untuk terlibat
secara aktif di dalam aktiviti pembelajaran
seperti perbincangan terhadap sesuatu topik (D'
Augustine 1973 ). Semua pelajar terlibat di dalam mengupas
sesuatu konsep yang diajar. Melalui penglibatan secara aktif ini penekanan
pembelajaran dapat diberikan kepada pemikiran konstruktif oleh semua pelajar,
dengan aktiviti biasanya tertumpu kepada pembinaan konsep baru atau penguasaan
kemahiran baru (Nik
Azis 1992). Proses pemindahan dan penerimaan maklumat hanya akan berlaku
melalui penglibatan pelajar secara aktif. Teknik ini sangat sesuai untuk
digunakan apabila perbincangan dibuat dalam menjelaskan kaedah yang akan
digunakan apabila terlibat dengan proses pembinaan yang melibatkan perintah
untuk menggabungkan entiti yang kecil kepada satu komponen objek.
kembali ke atas
kembali ke atas
Ini adalah satu kaedah di mana pensyarah akan
menerangkan kandungan topik secara lisan atau dengan menggunakan alat bantu
seperti LCD projektor dan perisian kursus.Pelajar akan mendengar dan merekodkan
maklumat penting yang diterangkan oleh pensyarah sebelum memulakan aktiviti.
Teknik ini juga dikenali dengan ‘systematic teaching’, ‘explicit teaching
instruction’, ‘explicit teaching and active teaching’ (Husen
1970). Teknik ini juga menyampaikan maklumat dengan langkah yang
sistematik dan di dalam proses penyampaian, langkah akan diambil bagi menguji
kefahaman pelajar (Rosenshine
1986). Kaedah penyampaian ini
berpegang kepada teori tingkahlaku. Rosenshine
(1986) ada menggariskan enam(6) fungsi pengajaran yang disusun mengikut
urutan di dalam kaedah ini iaitu semakan harian, mempersembahkan maklumat baru,
latihan dipandu, pembetulan dan tindakbalas, latihan kendiri serta semakan
mingguan dan bulanan.
Di dalam kaedah
ini pensyarah banyak menerangkan isi pelajaran secara lisan atau dengan
menggunakan alat bantu seperti audio visual. Pelajar akan mendengar dan merekod
maklumat penting yang diterangkan oleh pensyarah sebelum melakukan sesuatu
aktiviti. Pembelajaran dengan teknik ini akan memberikan penerangan,
menghuraikan ide dan konsep yang akan digunakan dalam menggunakan perisian
Autodesk Computer Aided Design Releasa 14 ( ACAD R14) sama ada dengan atau
tanpa alat bantu mengajar. Selain daripada itu kaedah ini juga melibatkan
demonstrasi cara menggunakan komputer untuk melaksanakan perintah-perintah yang
dipelajari serta menerangkan langkah yang perlu diambil sekiranya terdapat
masalah dalam melaksanakan sesuatu urutan arahan yang komplek. Ianya sesuai
untuk mengajar pelajar menggunakan perintah yang komplek seperti chamfer, array
dan mblock.Kaedah ini juga akan dapat menjimatkan masa pengajaran dan
pengendalian aktiviti akan menjadi lebih kemas dan teratur. Kaedah ekposisi
juga memerlukan perancangan yang teliti dari segi penggunaan alat bantu
mengajar bagi mengelakkan rasa bosan di kalangan pelajar.
kembali ke atas
kembali ke atas
Kemahiran menggunakan Autodesk Computer Aided
Design Releasa 14 ( ACAD R14) melibatkan kefahaman konsep dan penguasaan
kemahiran. Untuk memantapkan kefahaman ini latihan yang mencukupi perlu
diberikan kepada pelajar secara konsisten sehingga kemahiran dalam sesuatu
tajuk itu dapat dikuasai oleh pelajar dengan sepenuhnya. Menurut D’Augustine
(1973) latihan yang mencukupi perlu
dilakukan dari masa ke semasa sehingga semua kemahiran dalam sesuatu tajuk
benar-benar telah dikuasai sepenuhnya.
Bagi setiap tugasan yang diberikan kepada pelajar ganjaran yang sesuai
perlu disediakan dan bagi subjek ini ganjaran yang sesuai untuk peringkat usia
pelajar politeknik ialah markah diberi bagi setiap tugasan yang dibuat. Ianya
adalah bersesuaian dengan teori Thorndike
(1913) yang menyatakan proses pembelajaran yang baik memerlukan ganjaran
dan latihan. Thorndike
(1913) juga menjelaskan proses rangsangan dan tindakbalas yang berterusan
ini akan memperkukuhkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Miller
et.al (1960) pula telah memperkenalkan konsep TOTE
(Test-Operate-Test-Exit) yang mana ianya akan memastikan objektif sesuatu tajuk
yang diberi telah tercapai. Teori ini
juga menggalakkan tugasan yang berterusan sehingga sesuatu objektif
pembelajaran itu tercapai. Latihan yang berterusan akan membina kemahiran yang
mantap di dalam menyelesaikan masalah yang bersangkutan dengan kaedah
penghasilan lukisan. Seterusnya perpindahan maklumat yang jitu akan berlaku
bila mana latihan yang melibatkan sesuatu topik itu berjalan berterusan.
kembali ke atas
kembali ke atas
Kaedah pembelajaran koperatif adalah satu
kaedah pembelajaran yang melibatkan kumpulan pelajar. Kaedah ini sangat sesuai
bagi sesuatu kumpulan pelajar menyelesaikan projek menghasilkan lukisan dua(2)
dimensi. Pelajar boleh berkomunikasi di antara satu dengan yang lain dengan
menggunakan perkhidmatan Internet.Dengan ini pelajar tidak kekang oleh masa,
jarak dan tempat untuk menyiapkan projek. Menurut Floyd
(1991) pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam satu kumpulan akan
dapat belajar dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan prestasi mereka.
Manakala menurut Floyd
(1991) pembelajaran koperatif boleh meningkatkan motivasi pelajar semasa
perbincangan dalam kumpulan. Kaedah pembelajaran ini dikatakan lebih baik
daripada kaedah pembelajaran tradisional kerana ianya lebih menyeronokkan dan
dapat juga meningkatkan motivasi, akauntabiliti, tanggungjawab dan kesungguhan
pelajar dalam melaksanakan sesuatu projek yang diberi. Pelajar akan menjadi
lebih bertanggungjawab kerana mereka mempunyai matlamat pasukan yang perlu
dicapai bersama. Kaedah ini juga akan dapat menjimatkan masa proses
pembelajaran pelajar. Untuk mengaplikasikan kaedah ini pelajar akan diberikan
projek kecil pada pertengahan semester yang melibatkan pelan lantai dan
butiran pintu serta tingkap. Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan dan
setiap kumpulan diminta untuk menghasilkan set persembahan lukisan yang mudah.
kembali ke atas
kembali ke atas
Kaedah pembelajaran ini berpusat kepada pelajar
dimana pelajar akan lebih berdikari di dalam mendapatkan ilmu terhadap sesuatu
tajuk. Menurut Rogers
(1994) pembelajaran kendiri adalah sama dengan perubahan dan pembesaran
seseorang. Rogers
(1994) juga ada menyatakan secara semulajadi semua manusia mempunyai
keinginan untuk belajar. Pada pandangan Rogers
(1994) tugas pensyarah ialah bertindak sebagai fasalitator di dalam proses
pembelajaran dimana tugas-tugas tersebut boleh digariskan seperti di bawah
iaitu :
a. Membina suasana pembelajaran yang positif.
b.
Menjelaskan maksud pelajar. c. Menyusun dan membina sumber maklumat.
d. Menyeimbangkan di antara komponen kecerdasan dan emosi.
e. Berkongsi perasaan dan pandangan dengan pelajar dan bukan cuba untuk menguasainya.
Teknik ini sangat sesuai untuk subtajuk yang
mudah dikuasai oleh pelajar seperti perintah-perintah ‘view’ dan ‘drawing aid’
yang terdapat di dalam perisian Autodesk Computer Aided Design Release 14 (
ACAD R14).
kembali ke atas
kembali ke atas
Teori ini mencadangkan fokus untuk sesuatu
proses pembelajaran ialah masa yang diperlukan oleh pelajar yang berlainan
untuk menguasai perkara yang dipelajari(Mastery
2000). Ianya agak berbeza dengan teknik pembelajaran secara tradisional
dimana di dalam kaedah ini pelajar diberi jumlah masa yang sama untuk menguasai
sesuatu tajuk tetapi fokus kepada keupayaan yang berbeza (Mastery
2000). Di dalam suasana pembelajaran masteri ini cabaran terletak
kepada menyediakan masa yang cukup dan mengatur strategi-strategi pembelajaran
untuk memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama (Levine
1985 ; Bloom
1981).
Elemen-elemen penting untuk kaedah pembelajaran masteri ialah (Mastery
2000) :
a. Menjelaskan secara spesifik kepada pelajar apa
yang akan dipelajari dan menjelaskan
bagaimana ianya akan dinilai. b. Membenarkan pelajar untuk belajar dengan kadar mereka sendiri.
c. Memantau kemajuan pelajar dan menyediakan tindakbalas berserta dengan langkah
d. pemulihan yang sesuai.
e. Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran
akhir tercapai.
Kaedah ini sangat sesuai untuk digunakan bagi subtajuk yang
mudah pada permulaan tajuk lukisan dua(2) dimensi kerana ada di antara pelajar
yang terdapat di dalam kelas ini telah mahir dengan elemen tersebut. Pelajar
yang mahir tentang literasi komputer akan dibenarkan untuk maju secara kendiri
terutama bagi tajuk satu(1) iaitu berkenaan pengenalan kepada Autodesk Aided
Design Release 14 (ACAD R14) yang menjelaskan tentang paparan skrin. Melalui
kaedah ini pelajar yang mahir dengan prinsip menu boleh menguasai tajuk ini
dengan mudah dan mampu untuk maju ke tajuk dua(2) dengan lebih cepat.
kembali ke atas
kembali ke atas
Teknik pengajaran ini memecahkan konsep kepada beberapa
bahagian kecil mengikut langkah-langkah pengajaran. Dengan teknik ini pelajar
akan mendapat kefahaman yang lebih mendalam terhadap sesuatu konsep. Pelajar
tidak hanya mengetahui bagaimana sesuatu objek dua(2) dimensi seperti
‘rectangle’ itu dihasilkan dengan menggunakan perisian Autodesk Computer Aided
Design Releasa 14 ( ACAD R14) , tetapi mereka akan dapat menjelaskan kenapa
sesuatu prosedur itu dilakukan. Menurut Newell (1972) analisis kritikal dengan kaedah GPS
akan membahagikan masalah keseluruhan kepada subkomponen dan setiap subkomponen
itu tadi akan diselesaikan. Sebahagian dari prinsip asas penyelesaian masalah
yang boleh dihubungkan dengan tajuk lukisan dua(2) dimensi ialah memecahkan
objek besar kepada objek yang lebih kecil supaya dapat dijelaskan bagaimana
objek tersebut dapat dihasilkan. Melalui kaedah ini pelajar akan dapat memahami
proses pembentukan butiran tingkap dengan perintah block dengan lebih jelas.
Dengan ini pelajar akan dapat mencari jalan keluar sekiranya timbul
masalah semasa menghasilkan lukisan butiran yang agak komplek dengan
menggunakan perintah block.
kembali ke atas
kembali ke atas
Di dalam kaedah ini pelajar membina perkaitan konsep secara
grafik dan ini akan melibatkan pelajar dengan pemprosesan maklumat secara
aktif. Kaedah ini selaras dengan teori pembelajaran konstruktivisme. Kaedah ini
membantu pembelajaran dalam dua cara. Pertama, kaedah ini membantu pelajar
menyedari dan mengawal proses kognitif yang dilalui dalam pembelajaran. Kedua,
pelajar dibantu untuk menghasilkan rangka konsep yang terjalin di dalam sesuatu
proses (Roth et al. 1993). Strategi ini juga membantu pelajar
untuk mengkaji dan dapat membuat refleksi terhadap proses awal yang telah
pelajari. Aktiviti menyusun dan mengintegrasikan maklumat dapat mengukuhkan
ingatan pelajar. Strategi ini juga dapat membantu pelajar mempelajari
konsep-konsep baru dengan lebih bermakna. Kesimpulannya kaedah ini dapat
membantu pelajar untuk mengingat proses kerja yang komplek sebagai contoh dalam
proses pembinaan pelan lantai ianya akan melibatkan penggunaan semula perintah
draw, block dan layer. Melalui strategi ini kaedah baru yang dipelajari di
dalam pembinaan pelan lantai iaitu perintah hatch dan text akan dapat
mengukuhkan perintah terdahulu yang telah dipelajari oleh pelajar.
kembali ke atas
kembali ke atas
Kaedah ini dapat meningkatkan interaksi harmoni di kalangan
pelajar disamping dapat mengukuhkan apa yang telah dipelajari. Di samping itu
kaedah ini akan dapat memupuk semangat setia kawan di kalangan pelajar. Pask (1975) ada menjelaskan melalui kaedah
perbincangan pembelajaran akan berlaku berdasarkan perbincangan yang dibuat
bagi tajuk yang tertentu untuk menjadikan kefahaman ke atas sesuatu tajuk itu
lebih jelas. Pask (1975) seterusnya menjelaskan untuk
mempelajari sesuatu tajuk pelajar perlu faham hubungan yang wujud di antara
konsep di dalam sesuatu tajuk. Keupayaan yang wujud untuk menjelaskan sesuatu
tajuk akan dapat membantu pelajar untuk memahami sesuatu perkara dengan lebih
baik. Kaedah ini akan diaplikasikan untuk melibatkan pelajar dengan
perbincangan pra persembahan projek akhir yang diberikan kepada pelajar.
Apabila setiap kumpulan mempersembahkan proses yang telah dilalui untuk
menghasilkan set lukisan tersebut maka perbincangan akan wujud di kalangan
pelajar untuk memudahkan langkah kerja yang diambil semasa menyiapkan set
tersebut. Perbincangan ini akan mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap perkara
yang telah dipelajari sebelum ini.
kembali ke atas
kembali ke atas
Kaedah ini digunakan untuk melatih pelajar
mendapatkan maklumat melalui aktiviti yang dirancang. Sumber Internet adalah
sumber penting yang dapat membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat tambahan
terhadap topik yang dipelajari di dalam kelas. AutoDesk ada menyediakan laman
web seperti http://autodesk.com/caduser
yang akan membantu pengguna Autodesk Computer
Aided Design Releasa 14 ( ACAD R14) mendapatkan tip untuk menghasilkan lukisan
dengan kaedah yang lebih cepat. Disamping itu pelajar juga boleh dilatih untuk
mendapatkan maklumat tambahan dari CD-ROM yang terdapat di pasaran yang
menjelaskan tentang penggunaan teknologi komputer di dalam menghasilkan
lukisan. Strategi ini akan dapat digunakan dengan memberikan tugasan yang
menjurus kepada pencarian maklumat dari Internet ataupun dari e-book yang
berkaitan dengan Autodesk Computer Aided Design Releasa 14 ( ACAD R14).
kembali ke atas
kembali ke atas
Dalam mengajar lukisan dua(2) dimensi dengan
perisian Autodesk Computer Aided Design Releasa 14 ( ACAD R14) pensyarah perlu
mahir dan arif dalam strategi pengajaran dan pembelajaran dalam proses memupuk
pelajar membina konsep dan menguasai kemahiran seterusnya dapat menyepadukan
kemahiran ini dengan subjek lain. Pensyarah juga perlu menunjukkan sifat
matang, berfikiran terbuka, kreatif, inovatif, konstruktif, rasional dan
bijaksana (Nik
Azis 1996). Strategi pengajaran yang berkesan akan mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Kesimpulannya untuk berjaya dalam mendidik
pelajar untuk subjek lukisan dua(2) dimensi dengan perisian Autodesk Computer
Aided Design Releasa 14 ( ACAD R14) pensyarah perlu memahami isi kandungan
kurikulum dan dapat menguasai teori pengajaran seterusnya kaedah mengajar
dengan baik.
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah
pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam
kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran
adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi
juga untuk rakan-rakan yang lain.Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:
saling bergantung antara satu sama lain secara positif,
saling berinteraksi secara bersemuka,
akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
kemahiran koperatif, dan
pemprosesan kumpulan.
Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini.Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).
Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.
Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme
APAKAH TEKNIK LATIH - TUBI ?
·
Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan
fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
·
Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan
kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.
·
Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa
Melayu
·
Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu
kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat
fakta-fakta penting.
·
Melalui teknik ini pelajar akan mengalami
proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya
dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
·
Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut
(audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
·
Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan
kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :
1.
Sebutan (accent)
-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul
termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.
1.
Tatabahasa (grammer)
-penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa
daripada semua aspek.
1.
Perbendaharaan kata (vocabulary)
-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut
konteksnya dalam situasi tertentu.
1.
Kefasihan (fluency)
-menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa
memikirkan apakah maksudnya.
1.
Kefahaman (comprehension)
-latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.
·
Dikenali juga dengan teknik menghafaz.
·
Antara kelemahan tekniK ini ialah ia
menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid.
·
Namun begitu, teknik ini amat berguna dan
sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.
APAKAH TEKNIK SIMULASI ?
·
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang
diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar
berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat
keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
·
Melalui teknik ini para pelajar dapat
menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan
temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
·
Dalam proses ini pelajar digalakan untuk
memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar
mengalami sendiri situasi dan masalah.
·
Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat
digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca
dan menulis.
·
Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik
yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran
dan pembelajaran.
APAKAH TEKNIK MAIN PERANAN ?
·
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu
situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
·
Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai
watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.
·
Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan
atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau
menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan
kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.
·
Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran
masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara
membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar
rakaman dan sebagainya.
APAKAH TEKNIK SUMBANGSARAN ?
·
Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan
fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang
membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.
·
Boleh didekati sebagai aktiviti permainan
bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan
yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan
latihan profesional.
·
Menekankan pengeluaran idea daripada
pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.
Tujuan Sumbangsaran
·
Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan
minat murid
·
Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
·
Semua cadangan dan idea yang dikemukakan
haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.
·
Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi
yang betul-betul layak
·
Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan
cadangan
·
Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak
idea
·
Suasana perbincangan yang tidak formal
hemdaklah diwujudkan.
·
Pastikan peruntukan masa untuk sesi
sumbangsaran adalah patut dan mencukupi
·
Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What?
Why? Who? Where? How? )
·
Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh
dikritik
·
Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli
yang pelbagai kebolehan
APAKAH TEKNIK PERMAINAN BAHASA ?
·
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam
mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
·
Penglibatan dalam permainan telah memberi
peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan
sebagai alat dianogstik.
·
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan
menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.
·
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang
bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah
Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif
tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :
·
merangsang interaksi verbal pelajar
·
menambah kefasihan dan keyakinan
·
menyediakan konteks pembelajaran
·
bertindak sebagai alat yang dapat mengikis
rasa bosan
·
bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan
dan penggayaan
APAKAH TEKNIK SOAL – JAWAB ?
·
Merupakan teknik paling lama dan paling
popular digunakan dalam bidang pendidikan
·
Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah
dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru
dengan murid secara berkesan.
·
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru
mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar
dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
·
Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan
pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
·
Tujuan utama teknik soal jawab ialah :
1.
Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
2.
Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara
kreatif, inovatif, logik dan kritis.
3.
Untuk mendorong pelajar menyusun dan
menghuraikan bahan yang diajar.
·
Soalan yang terancang dan bermutu dapat
membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
APAKAH TEKNIK BERCERITA?
·
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai
digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu
yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
·
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan
kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
·
Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.
·
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian
agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu
diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
·
Suara memainkan peranan yang penting dimana ia
harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
·
Langkah-langkah dalam persediaan teknik
bercerita ialah :
·
Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan
dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang
hendak disampaikan.
·
Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek
bahasa.
·
Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
·
Latih bercerita seolah-olah guru berada
dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
·
Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
·
Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek
sebenar atau lain-lain BBM.
·
Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau
ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.
APAKAH TEKNIK DRAMA ?
·
Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan
kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan
audiolingual.
·
Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar
menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan
bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan lain-lain) dengan
berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
·
Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang
pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang
dipelajarinya.
·
Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat
penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
·
Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran
iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
·
Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan
pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.
TEKNIK INKUIRI
·
Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau
siasat.
·
Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk
mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.
·
Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan
pelajar.
·
Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang
dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana
pelajar sering mengemukakan soalan ‘bagaimana'. Oleh itu, ia dapat melatih
pelajar mengemukakan pelbagai soalan.
·
Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini
termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis.
·
Pengendalian teknik inkuiri ialah :
1.
Proses mengenali masalah
2.
Mengkaji ramalan
3.
Mengumpul maklumat
4.
Menganalisis
5.
Membuat rumusa
TEKNIK PERBINCANGAN
1.
Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu
aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk
melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas.
2.
Teknik perbincangan adalah satu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan
pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.
3.
Melibatkan aktiviti perbincangan antara
pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai
sesuatu perkara atau topik yang diberi.
4.
Dalam perbincangan ini akan memberi peluang
dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal.
Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih
kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.
5.
Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti
ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.
6.
Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut
langkah-langkah berikut :
7.
Guru menarik perhatian murid kepada tajuk
perbincangan yang akan dijalankan.
8.
Guru membahagikan murid kepada beberapa
kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan
untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
9.
Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan
mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
10.
Ketika perbincangan guru harus bergerak dari
satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu
dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul.
11.
Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta
laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan
tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah
menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.
TEKNIK FORUM
1.
Forum merupakan satu sesi perbincangan yang
melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat
tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal.
2.
Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti
lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman
secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran
dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
3.
Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum
yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran,
pencapaian serta peringkat umur pelajar.
4.
Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada
sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
TEKNIK PERBAHASAN
1.
Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau
membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
2.
Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk
semua peringkat pelajar di sekolah menengah.
3.
Antara manfaat teknik ini ialah :
4.
Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi
dengan berkesan
5.
Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan
buah fikiran dengan tepat dan teratur
6.
Menguasai kemahiran berbahasa dengan
menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
7.
Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan
kreatif.
8.
Melatih kemahiran mendengar, menaakul,
berhujah dan membidas.
9.
Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk
memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar.
10.
Perkembangan kebolehan berbahas dengan
sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan
mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.
TEKNIK KUIZ
·
Diperkenalkan pada tahun 1940 di England
melalui Perbadanan Penyiaran British ( BBC )
·
Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah
dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris
dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.
·
Tujuannya ialah :
·
Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan
memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.
·
Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
·
Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka
dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.
·
Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir
yang baru.
·
Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu
terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
·
Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran
bahasa melalui teknik ini iaitu :
·
Ia dijalankan secara spontan pada peringkat
permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai
aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.
PEMBELAJARAN KOPERATIF
Pembelajaran koperatif membawa maksud
belajar bersama-sama dalam kumpulan kecil untuk mencapai sesuatu matlamat.
Setiap kumpulan terdiri daripada 2 – 4 orang ahli. Kumpulan yang mengandungi 4
orang ahli adalah yang paling sesuai. Ciri yang paling penting dalam
pembelajaran ini adalah kejayaan ahli-ahli kumpulan bergantung antara satu sama
lain. Ahli-ahli kumpulan bekerjasama untuk mencapai tahap pembelajaran yang
maksimum bukan sahaja bagi diri sendiri malahan bagi setiap ahli dalam
kumpulannya.
TUJUH PRINSIP ASAS DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF
Pembelajaran koperatif berbeza
daripada kerja kumpulan kerana ia mempunyai beberapa prinsip asas.
Prinsip-prinsip itu adalah:
a) a)Saling bergantungan positif
(Positive Interdependence)
Setiap pelajar mesti merasa nasib
mereka adalah serupa dan saling bergantung antara satu sama lain untuk mencapai
sesuatu matlamat kumpulan. Setiap orang mesti mengambil berat tentang diri
sendiri dan juga rakan lain dalam kumpulan dalam mencapai kejayaan. Terdapat
beberapa cara untuk menstruktur saling bergantungan positif. Antaranya ialah:
b)
i)Tetapkan
matlamat kumpulan yang jelas.
c)
ii)Berikan
ganjaran kepada ahli-ahli kumpulan.
d)
iii)Bahagikan
bahan sumber di antara ahli-ahli kumpulan.
e)
iv)Berikan
peranan sampingan kepada ahli-ahli kumpulan.
f)
b)Interaksi
Bersemuka (Face To Face Interaction )
Ahli-ahli kumpulan perlu duduk
berdekatan dan berinteraksi di antara satu sama lain. Corak interaksi di antara
ahli-ahli kumpulan akibat daripada saling pergantungan positif yang telah
distrukturkan akan menggalakkan pembelajaran setiap ahli. Ini bermakna sebanyak
mungkin peluang dan masa perlu diberikan kepada pelajar-pelajar untuk
berinteraksi dalam kumpulan supaya mereka membantu, menggalak, dan seterusnya
meningkatkan usaha di antara satu sama lain bagi mencapai tahap pembelajaran
yang maksimum.
g) c)Akauntibiliti Individu ( Individual
Accountability)
Setiap ahli kumpulan mempunyai
tanggungjawab untuk belajar. Kumpulan koperatif bukanlah hanya digunakan untuk
mencapai matlamat kumpulan sahaja, tetapi juga bertujuan memastikan bahawa
setiap ahli kumpulan akan menjadi individu yang berkebolehan. Ini bermakna
setelah menyiapkan sesuatu tugasan kumpulan secara koperatif, setiap ahli
kumpulan mesti berjaya menyiapkan tugasan yang berserupa secara bersendirian.
Cara menstruktur akauntibiliti individu ialah:
h)
i)Memberi
ujian individu kepada semua pelajar.
i)
ii)Memilih
secara rawak salah seorang daripada ahli untuk menerangkan jawapan kumpulan.
j)
iii)Memilih
secara rawak satu salinan laporan daripada ahli-ahli kumpulan untuk digredkan.
k) d)Penglibatan saksama
Kemahiran-kemahiran koperatif untuk
bergaul secara berkesan dengan individu lain tidak wujud secara automatik
apabila ia diperlukan. Ahli-ahli setiap kumpulan mesti diajar dan juga didorong
untuk menggunakan kemahiran-kemahiran koperatif yang perlu untuk mewujudkan
kumpulan yang produktif.
Contoh-contoh kemahiran koperatif
ialah:
i)
i)Mengikut
giliran untuk membuat kerja.
ii)
ii)Memberi
galakan kepada kumpulan.
iii)
iii)Mendengar
dengan teliti.
iv)
iv)Menerangkan
pendapat sendiri dengan jelas.
v)
v)Mengkritik
idea tanpa mengkritik orang yang memberi idea.
l)
e)Pemprosesan
Kumpulan ( Group Processing )
Ia juga dikenali sebagai membuat
refleksi. Proses interaksi dalam kumpulan membolehkan pergantungan dan
penyelesaian masalah antara ahli kumpulan dijalankan dengan berkesan. Ini dapat
dilihat di akhir perbincangan atau aktiviti pengajaran. Perlakuan yang baik
harus diamalkan manakala kelemahan dalam kumpulan harus diperbaiki pada
pengajaran yang akan datang. Proses ini memadai jika dilakukan sekali-sekala.
m) f)Kemahiran sosial
Setiap ahli kumpulan peulu mempunyai
kemahiran sosialuntuk membolehkan kumpulan koperatif berjalan dengan jayanya.
Kagan 91992) menghujahkan kepentingan kemahiran sosial sebagai yang berikut:
§ §Lebih ramai pelajar lepasan sekolah
yang gagal memperolehi kerja pertama kerana kekurangan kemahiran sosial
daripada pelajar yang kekurangan kemahiran teknikal.
§ §Pemerolehan kemahiran sosial adalah
penting dalam kejayaanhidup hari ini.
§ §Pelajar bukan sahaja perlu boleh
menyelesaikan masalah, mereka juga perlu kemahiran sosial untuk pergi bekerja
di tempat di mana saling kebergantungan dan kerja bersukan adalah amalan biasa.
n) g)Interaksi serentak (IS)
IS berlaku bila mana
bekerja atau terlibat secara serentak dalam kumpulan koperatif mereka. Dalam
kelas tradisional, interaksi seperti perbincangan atau persembahan berlaku
secara tersusun manakala dalam kelas koperatif, perbincangan boleh berlaku
dalam setiap kumpulan pada masa yang sama. IS juga mempertingkatkan penglibatan
aktif setiap murid dan mempertingkatkan potensi belajar setiap pelajar.
JENIS-JENIS MODEL PEMBELAJARAN
KOPERATIF DAN STRATEGI-STRATEGIYANG DIGUNAKAN DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF
- Penyiasatan Berkelompok (Group
Investigation)
Menurut Sharan & Hertz –
Lazarowitz 1980; Sharan & Sharan, 1990, Group Investigation – GI /
penyiasatan berkelompok ialah kaedah koperatif yang membolehkan murid merancang
melakukan satu kursus pembelajaran. Ini termasuk mengenalpasti satu topik yang
disiasat, merancang dan membolehkan penyiasatan serta menyediakan pesembahan
terakhir. Ini bermakna penyiasatan berkelompok ialah satu kaedah pengajaran di
dalam bilik darjah di mana para pelajar bekerja secara kolaboratif dalam
kumpulan kecil untuk memeriksa, mengalami dan memahami topik kajian mereka.
ii) Team – Accelerated Instruction-
Mathematics (TAI)
TAI ialah pendekatan menyeluruh
kepada pembelajaran koperatif dalammatematik. TAI menyatukan pembelajaran
koperatif dengan kebebasan bertindak secara individu iaitu membolehkan guru
membentuk kelas matematik heterogenius untuk memberikan murid yang
pencapaiannya rendah meningkatkan tahapnya dan mempercepatkan kurikulum biasa
sama seperti murid yang tinggi pencapaiannya. Bahan-bahan TAI dapat
menggantikan sepenuhnya buku teks dengan bahan yang direka istimewa spesifik
untuk program. Dalam TAI, murid ditentukan kepada kumpulan heterogenius iaitu
mereka yang mempunyai latar belakang yang berbeza.
iii)
iii)Student
Team Achievement Division (STAD)
STAD ialah satu kaedah pembelajaran
koperatif yang berasal dari Hopkins. Ianya adalah satu kaedah yang mudah dan
praktikal. Dalam STAD, guru mengikut satu pusingan mengajar, kumpulan
pembelajaran dan penilaian individu. Kumpulan akan memperolehi sijil atau
apa-apa penghargaan kejayaan apabila melakukan perubahan berbanding masa lepas
sebagai pengiktirafan.
iv)
iv)Learning
Together (LT)- Belajar Bersama
Menurut Johnson &
Johnson (1991), LT bermaksud gambaran oleh ahli kumpulan di dalam kumpul kecil
heterogenius secara koperatif untuk saling menyempurnakan matlamat
pembelajaran. Bersama-sama ahli kumpulan bekerja keras atas tugasan akademik
yang sering melibatkan perancangan serta perpaduan hasil kumpulan. Kemahiran
sosial, latihan dan cara memproses diperlukan. Kumpulan yang mencapai kriteria
untuk kejayaan sempurna akan berkongsi ganjaran.
v)
v)Jigsaw
Jigsaw telah
diperkenalkan oleh Elliot Aronson (1978) dan rakan-rakan. Ia ialah satu
daripada model koperatif yang menjadikan pelajar pakar dengan aras yang mereka
pelajari. Model ini hampir sama dengan Jigsaw Puzzle. Setiap ahli kumpulan
menyumbangkan sekeping puzzle dengan berkongsi sebahagian maklumat yang mereka
pelajari. Kunci idea dalam jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu pasukan akan
menjadi dalam bab tertentu dan bertanggungjawab mengajar apa yang telah mereka
pelajari kepada rakan di dalam kumpulan.
vi)
vi)Team
– Games Tournament (TGT)
TGT telah dicipta oleh
Robert Slavin. TGT mengandungi putaran biasa aktiviti pengajaran seperti
berikut:
vi) a.Pengajaran
Guru perlu memberitahu
pelajaran yang berkaitan. Ini boleh jadi dalam bentuk syarahan, demonstrasi dan
pertunjukkan visual. Murid berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh
guru. Kemudian mereka akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disediakan oleh
guru untuk menguasai konsep.
vii) b.Pertandingan
Murid-murid bermain
permainan dalam pertandingan di atas meja. Setiap pertandingan, meja akan
diwakili 3 atau 4 orang ahli dari setiap pasukan yang sama kebolehan akademik.
KESIMPULAN
Sememangnya pembelajaran koperatif
ini memberi kesan yang baik dalam pembelajaran matematik. Ini kerana ia
mendedahkan murid-murid berkomunikasi dan berkongsi segala apa yang diperolehi
bersama.
Kaedah Pembelajaran Kontekstual
APAKAH yang dimaksudkan dengan
kontekstual dan apalah pula keistimewaan kaedah kontekstual?
Kontekstual jika diambil
daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con =
with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks.
Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.
Secara umum, kontekstual membawa
pengertian:
- Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan
langsung, mengikut konteks.
- Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).
Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu
kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya
mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan
atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian
mereka.
Kebanyakan pelajar di sekolah tidak
mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana
pengetahuan itu dapat dimanfaatkan.
Ini berlaku oleh sebab cara mereka
memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui
kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak),
namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka
mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di
mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja.
Secara lazimnya, pelajar dijangkakan
mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah.
Pendekatan kontekstual menyedari
hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks
yang menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan
tindak balas.
Menurut teori pembelajaran
kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau
ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau
makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi
memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri).
pendekatan pembelajaran dan
pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks
dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang
itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan
bermakna.
terbentuk daripada pemahaman ini,
teori pembelajaran kontekstual tertumpu pada aspek pelbagai bagi mana-mana
persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah, dalam makmal, dalam
makmal komputer, tampat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman.
Ia menggalakkan pendidik memilih
dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak
bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke
arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.
Dalam persekitaran sedemikian,
pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi
praktikal dalam konteks alam yang nyata.
Konsep dihayati melalui proses
penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan.
Contohnya, pelajar yang mengikuti
satu pelajaran Fizik berkenaan tajuk Pengkonduksian Terma mungkin
mengukur bagaimana kualiti dan amaun bahan pendebat bangunan mempengaruhi
jumlah tenaga yang diperlukan untuk menyejuk atau memanaskan bangunan itu.
Satu kelas Biologi atau Kimia
mungkin sedang mempelajari konsep saintifik asas dengan mempelajari penyebaran
AIDS atau cara bagaimana peladang menghadapi dan menyumbang kepada kemerosotan
persekitaran.
Pengajaran-pembelajaran kontekstual
merupakan satu konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru
mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan
memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan
aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga
masyarakat dan pekerja.
PERSEDIAAN MENGAJAR MENGGUNAKAN MODEL KONSTRUKTIVISME
Bidang : Menyiasat
Bumi Dan Alam Semesta
Tajuk : Perubahan
Fasa-fasa Bulan
Standard kandungan :
10.4 Memahami fasa-fasa bulan
Standard
pembelajaran : 10.4.3 Menerangkan perubahan fasa-fasa
Bulan
Objektif : Di akhir
pengajaran murid dapat;
1. Menceritakan bentuk fasa bulan
mengikut kedudukan bulan
yang berlainan.
2. Menyusun perubahan fasa bulan
mengikut urutan yang betul
Masa : 60 minit
Pengetahuan sedia
ada : 1. Bulan tidak mengeluarkan cahaya sendiri
2. Bulan memantulkan cahaya matahari ke
bumi.
FASA
|
CADANGAN AKTIVITI
|
CADANGAN KOMUNIKASI
|
Persediaan
Pemerhatian dan penggumpulan maklumat
Indikator Amalan
1.1.1 Menggunakan deria penglihatan dan sentuhan.
1.1.6 Mengenalpasti fenomena dengan tepat
|
Guru menyediakan
“Permainan Sentuhan Minda”
Murid melakukan percubaan dan membuat pemerhatian.
|
Adakah terdapat perubahan bentuk bulan semasa edaran mengelilingi bumi?
Terangkan mengapa perubahan fasa-fasa bulan berlaku?
|
Imaginasi
Penjanaan
dan sintesis idea
Indikator
Amalan
2.1.2
Menghasilkan idea secara berterusan
2.2.2
Menghasilkan bentuk komunikasi yang
unik melalui rajah dan lakaran.
|
Guru
menyediakan dan menyusun alatan di kawasan terbuka.
Murid
melakukan aktiviti gerak edar mengelilingi bumi sambil membuat lakaran bentuk
fasa bulan.
|
Mengapa
kita hanya dapat bahagian tertentu sahaja yang bercahaya?
Terangkan
arah peredaran bulan semasa membuat satu edaran lengkap?
|
FASA
|
CADANGAN
AKTIVITI
|
CADANGAN
KOMUNIKASI
|
Perkembangan
Aplikasi
Idea
Indikator
Amalan
2.1.3
Menghasilkan idea yang berrmakna.
2.2.2
Menghasilkan bentuk komunikasi yang
unik melalui rajah dan lakaran.
3.1.1
Menokok tambah idea
|
Guru mengedarkan kad fasa-fasa bulan.
Murid membuat pengelasan dan membina fasa-fasa bulan
mengikut urutan yang betul.
|
Susunkan kad fasa fasa bulan mengikut urutan yang
sebenar.
|
Tindakan
Pelaksanaan
|
Setiap kumpulan membuat pembentangan keputusan yang
diperolehi.
Guru membuat ulasan dan menyatakan kesimpulan
secara keseluruhan.
|
Adakah anda rasa hasil kajian ini tepat?
Adakah anda berpuas hati dengan hasil dapatan yang
diperolehi?
|
FASA
|
CADANGAN
AKTIVITI
|
CADANGAN
KOMUNIKASI
|
Pentaksiran
|
Guru Mengedarkan lembaran kerja
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
Murid melengkap dan menyiapkan lembaran kerja.
PENILAIAN PEKA
5/4/10.4/1
5/4/10.4/2
5/4/10.4/3
KPS
Memerhati, mengelas, mengukur, berkomunikas,
mendifinisi secara operasi
KM
Menggunakan apparatus correctly
Set up the apparatus
Draw a
|
|
Refleksi
|
||
Nilai
dan sikap
|
Kerjasama, jujur, ketepatan keputusan
|
Model Konstruktivisme
Bidang : Menyiasat Alam Kehidupan
Tajuk :
Perlindungan Diri Dari Bahaya
Standard Kandungan : Murid
dibimbing untuk :
3.1 haiwan mempunyai ciri-ciri dan tabiat
tersendiri untuk melindungi dirinya
3.2 mengenalpasti tabiat khas haiwan untuk
melindungi diri dari bahaya
Masa : 60 minit
Fasa
|
Cadangan
Aktiviti
|
Cadangan
Komunikasi
|
1.Persediaan
Pemerhatian
Indikator Amalan
1.1.1
Menggunakan
deria penglihatan, sentuhan
1.1.6 mengenalpasti ciri objek
dengan tepat
|
Guru mempamerkan model/gambar pelbagai jenis haiwan.
Murid membuat pemerhatian
|
1.Apakah yang kamu dapat lihat
pada model / gambar yang dipamer ?
|
2.Imaginasi
Penjanaan Idea
Indikator Amalan
1.1.6 mengenalpasti ciri objek dengan tepat
1.1.1 menggunakan deria penglihatan dan sentuhan
3.Perkembangan
Penjanaan Idea
Indikator Amalan
Menilai
3.2.2 menyatakan kekuatan dan kelemahan , kebaikan dan keburukan,
kelebihan dan kekurangan berdasarkan bukti atau alasan tertentu
|
Guru menunjukkan satu model haiwan .
( rusa ).Guru bertanyakan soalan
Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan
Guru mengedarkan 5 jenis model yang berlainan kepada setiap kumpulan
Guru mengedarkan papan putih kecil dan maker pen
Murid menncirikan model haiwan tersebut
|
1.Bagaimanakah haiwan ini menyelamatkan diri sekiranya berhadapan
dengan harimau ?
2. Bagaimanakah ciri-ciri tersebut dapat membantu haiwan tersebut
melindungi
diri?
1. Nyatakan ciri-ciri haiwan yang dapat melindungi diri dari bahaya ?
|
4. Tindakan
Pelaksanaan
Indikator Amalan
4.1.1 Menghuraikan idea kepada
butiran atau bahagian yang lebih kecil dan khusus
Amalan Berterusan
4.2.1 Peka kepada perkara di sekeliling
|
Setiap wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan
Guru membuat ulasan untuk
setiap pembentangan dan mencirikan semula ciri-ciri yang terdapat pada setiap
model haiwan dalam mempertahankan diri daripada musuh.
|
1.Apakah pengetahuan baru yang anda dapat dari penbentangan
rakan-rakan anda?
2. Adakah anda berpuas hati dengan hasil kerja anda ?
|
5. Pentaksiran
|
Guru mengedarkan lembaran kerja
Lampiran 1
Murid menyiapkan lembaran kerja
|
|
Refleksi
|
||
Nilai dan sikap
|
Bekerjasama, bertolak ansur
|
saya jadikan penulisan cikgu di atas sebagai rujukan saya. Halalkan ya...
ReplyDeleteterima kasih cikgu sebab bnyak jugak isi dalam ni untuk assigment saya.. nanti page cikgu jadi rujukan saya.
ReplyDeletesalam saya gunakan bahan tuan sebagai bahan bacaan dan rujukan tambahan saya dalam menyampaikan ilmu kpd manusia......halalkan ilmu semoga Allah memberi rahmatNya buat kita bersama di sana....sebagai seorang pendidik.
ReplyDeletesaya jadikan perkongsian cikgu sebagai rujukan yaa. halalkan ya cikgu.
ReplyDeletedan saya gunakan juga sebahagian perkongsian cikgu ini sebagai bahan dalam esei saya.halalkan ya cikgu. syukran
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ilmu
ReplyDelete